Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan Keharmonian nama baru untuk IRCC

Jul 31, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN Keyakinan Antara Kaum dan Agama (IRCC) telah dijenamakan semula untuk mencerminkan matlamat lebih luas dalam menggalak keharmonian kaum dan agama di sini.



Mengambil nama baru, 'Kumpulan Keharmonian Antara Kaum dan Agama', atau singkatannya 'Kumpulan Keharmonian', ia berharap dapat membina kepercayaan, persefahaman dan keyakinan di kalangan pelbagai masyarakat pada masa aman dan semasa krisis.



Pengumuman ini dilakukan oleh Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong semasa ucapannya di acara Ulang Tahun ke-20 IRCC, semalam.



Menurut Encik Tong, misi IRCC kini lebih penting semasa kita menghadapi cabaran baru yang boleh mengancam fabrik sosial kita dengan masyarakat yang semakin pelbagai, sikap sosial yang berkembang, ancaman keselamatan yang kompleks dan peningkatan teknologi dan media sosial.



"IRCC harus terus menjadi rangkaian yang memupuk keharmonian kaum dan agama. Ia juga harus jadi platform jangkauan masyarakat yang menjalin pengalaman berlainan di seluruh masyarakat yang pelbagai dan mengekalkan perpaduan sebagai satu rakyat yang bersatu semasa sebarang krisis," katanya



Turut menyertai majlis semalam adalah Menteri Kanan Emeritus Encik Goh Chok Tong.



Menubuhkan satu kumpulan kerja awal tahun ini, Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) telah mendekati pelbagai kumpulan berkepentingan secara meluas, bagi mengenal pasti kekuatan dan cabaran dihadapi IRCC serta membentangkan beberapa saranan.



Semakan semula ini dijalankan selama tiga bulan sejak Mac lalu bersama 28 ahli anggota kumpulan kerja yang terdiri daripada ketua IRCC, golongan belia, wanita dan rakan kongsi masyarakat.



Bersama Kumpulan Keharmonian baru, MCCY akan terus mengkaji lebih mendalam untuk melaksanakannya dalam tempoh dua hingga tiga tahun akan datang.



Saranan yang akan dilaksanakan secara amnya dikategorikan kepada empat kunci bidang.



Ini termasuk menawarkan lebih banyak program yang teratur bagi semua Kumpulan Keharmonian, meningkatkan kompsisi demografik berlainan, meningkatkan keupayaan Kumpulan Keharmonian serta mendekati lebih ramai dalam masyarakat melalui jangkauan lebih luas.



Menurut kenyataan MCCY, kumpulan kerja ini akan mula melaksanakan beberapa saranan mulai Ogos 2022.



"Pemerintah tetap komited mewujudkan keadaan dan persekitaran untuk memupuk hubungan yang lebih kukuh dan mendalam antara kumpulan kaum dan agama yang berbeza.



"Kumpulan Keharmonian kami akan terus mencipta dan memudahkan peluang sedemikian dalam setiap kejiranan," ujar Encik Tong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >