Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Kumpulan kerja saran proses baru cegah salah guna akta sara ibu bapa

May 10, 2023 | 05:30 AM



KUMPULAN kerja yang mengkaji undang-undang yang membolehkan ibu bapa warga emas dapatkan sokongan kewangan daripada anak-anak mereka, telah mencadangkan proses baru untuk menghalang ibu bapa yang telah mendera, meninggalkan atau mengabaikan anak-anak mereka pada masa lalu daripada menyalahgunakan Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA).



Kumpulan kerja itu juga mahu meminda Akta tersebut untuk meningkatkan kuasa Tribunal Penyaraan Ibu Bapa dan Pesuruhjaya Penyaraan Ibu Bapa, untuk memastikan ibu bapa warga emas yang diabaikan mendapat sokongan secukupnya.



Pengerusi kumpulan sembilan anggota itu, Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade), memperkenalkan Rang Undang-undang Penyaraan Ibu Bapa (Pindaan) pada Selasa di Parlimen, selepas semakan yang bermula lebih setahun lalu.



"Teras utama kumpulan kerja saya adalah untuk mencapai keseimbangan yang betul dalam mengukuhkan peruntukan bagi ibu bapa sambil memperkenalkan langkah-langkah untuk mencegah penyalahgunaannya," kata Encik Seah.



Akta itu, yang pertama kali diluluskan pada 1995, membolehkan warga emas yang tidak mampu menanggung keperluan diri mereka menuntut nafkah daripada anak-anak mereka yang mampu menyara mereka tetapi tidak berbuat demikian.



Encik Seah sebelum ini memberitahu The Straits Times bahawa langkah-langkah yang dicadangkan untuk menghalang warga emas daripada menyalahgunakan Akta itu dicadangkan, kerana satu daripada tiga kes yang dilihat di Tribunal melibatkan dakwaan bahawa ibu bapa sebelum ini telah mendera, meninggalkan atau mengabaikan anak mereka.



Kumpulan itu ingin mengelakkan anak-anak ini daripada melalui proses menolak tuntutan tidak munasabah ibu bapa mereka, kerana proses itu boleh menyebabkan trauma kepada anak-anak yang didera oleh ibu bapa mereka ketika mereka masih kecil.



Akta itu kali terakhir dipinda pada 2010 apabila menjadi wajib bagi warga emas yang menuntut nafkah untuk terlebih dahulu melalui proses perdamaian dengan anak-anak mereka.



Proses itu melibatkan perbincangan cara mereka boleh menyelesaikan perselisihan mereka.



Jika hal tersebut gagal dicapai, warga emas boleh membawa aduan mereka kepada Tribunal, yang bertindak seperti Mahkamah, yang kemudian akan memutuskan sama ada dan berapa banyak nafkah yang perlu diberikan.



Encik Seah berkata pada Selasa bahawa hubungan tegang antara ibu bapa dan anak sering diburukkan lagi apabila mereka perlu ke Tribunal.



Beliau menambah bahawa kumpulan kerja itu telah mengadakan dua pusingan perundingan awam, dan terdapat "sokongan umum" untuk pindaan yang dicadangkan.




"Teras utama kumpulan kerja saya adalah untuk mencapai keseimbangan yang betul dalam mengukuhkan peruntukan bagi ibu bapa sambil memperkenalkan langkah-langkah untuk mencegah penyalahgunaannya."
- Anggota Parlimen GRC Marine Parade dan pengerusi kumpulan kerja, Encik Seah Kian Peng.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >