Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan kerja warga mengenai lambang kebangsaan kemuka saranan

Antara cadangan termasuk semak bagaimana pengetahuan sivik tentang ikon dan simbol negara yang sedia ada boleh diperkukuh
Jul 17, 2021 | 05:30 AM



SEBUAH kumpulan kerja warga untuk lambang kebangsaan telah menyarankan kepada pemerintah agar bendera Singapura dibenarkan dipamer sebagai simbol perpaduan negara dalam masa-masa sukar.



Kumpulan kerja itu pada masa yang sama turut menyarankan agar sebuah aplikasi digital sehenti disediakan untuk orang ramai melaporkan sebarang penggunaan salah simbol kebangsaan, seperti lambang kepala singa dan gencana negara.



Demikian antara saranan yang dimuatkan dalam laporan setebal 40 muka surat yang diserahkan kepada Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) minggu ini.



Laporan berjudul Simbol Kita, Semangat Kita, Singapura Kita itu hasil dialog dan pertimbangan selama empat bulan yang dipimpin oleh 47 anggota kumpulan kerja itu, yang merangkumi warga daripada pelbagai latar belakang.



Ia bertujuan menyemak perundangan dan garis panduan yang mengatur penggunaan lambang kebangsaan.



Kumpulan kerja itu telah mengumpul pandangan hampir 1,500 orang awam melalui tinjauan, dan mewawancara serta mengadakan perbincangan kumpulan fokus, untuk mendapatkan pandangan mereka tentang lambang kebangsaan hari ini.



Antara lain, mereka mendapati orang ramai selesa dengan bendera kebangsaan dipamerkan pada karya seni, produk komersial dan wadah digital.



Mereka juga mendapati orang ramai sedar bahawa nilai-nilai dalam ikrar kebangsaan, seperti keadilan dan kesaksamaan tanpa mengira kaum, bahasa atau agama adalah universal kepada semua orang, termasuk warga Singapura, dan tidak perlu diubah perkataannya kerana nilai-nilai itu masih relevan kepada Singapura hari ini.



Perbincangan yang dijalankan turut menunjukkan bahawa orang ramai tidak merasakan perlu untuk menambah lambang kebangsaan baru, tetapi terdapat seruan untuk menyemak bagaimana pengetahuan sivik tentang ikon dan simbol sedia ada boleh diperkukuhkan.



Mereka juga meminta agar pelesenan kreatif simbol-simbol itu dapat ditinjau semula untuk mendorong keyakinan dalam meluahkan identiti kebangsaan melaluinya.



Ini termasuk membolehkan pelbagai interpretasi dan cara persembahan bagi lagu serta ikrar kebangsaan.



Maklum balas kumpulan kerja itu akan menyumbang kepada semakan pemerintah ke atas Peraturan dan Akta Senjata, Bendera dan Lagu Kebangsaan (Safna), yang mengatur penggunaan lambang kebangsaan.



Ia juga berguna bagi langkah bukan perundangan seperti cara memperbaiki pendidikan awam tentang penggunaan simbol-simbol itu.



MCCY telah berkata satu Rang Undang-Undang Pindaan boleh dijangkakan di Parlimen tahun depan.



Ia akan memberi respons kepada laporan kumpulan kerja itu menjelang September.



Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia, Encik Edwin Tong, dalam satu kiriman Facebook semalam, berkata beliau menghargai usaha kumpulan kerja itu untuk memikirkan cara memperdalam kaitan dan makna lambang kebangsaan kepada warga Singapura.



"Usaha anda akan sangat membantu semakan perundangan dan garis panduan kami, dan kami akan mempertimbangkan saranan-saranan itu dengan serius," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >