Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA KAMPUS

Kumpulan penari NUS persembah tari tradisi

Sep 26, 2016 | 05:30 AM



APABILA gong diketuk, bunyinya beralun dan kembali semula ke tengah gong. Bagi sesetengah pemerhati, alunan gong itu melambangkan kepulangan seorang individu ke asalnya. Pada konteks hari ini, alunan gong itu juga boleh diibaratkan jasa bakti seorang individu kepada masyarakat apabila beliau dewasa lagi matang.



Begitulah mesej yang ingin diketengahkan kumpulan penari Melayu Universiti Nasional Singapura (NUS), NUS Ilsa Tari. Seperti tahun-tahun lalu, NUS Ilsa Tari akan mempersembahkan tarian kontemporari berasaskan tradisi.



Persembahan bertajuk 'A... Gong - Biar Mara Datang Bertalu' itu akan dipersembahkan pada 3 petang dan 8 malam di teater Pusat Budaya Universiti (UCC) di NUS kelmarin.



"Tajuk persembahan tahun ini merupakan metafora bagi perkataan gong dan permainan kata bagi perkataan agung. Ketukan gong dan kesan beralun yang sentiasa kembali ke tengah gong melambangkan suatu kepentingan bagi kita agar selalu kembali ke asal usul dan terus berjasa kepada mereka yang telah membantu.



"Perkataan agung yang kami definisikan sebagai mulia menerapkan kepentingan dan kemuliaan sifat berjasa itu," kata Presiden NUS Ilsa Tari, Encik Muhammad Fahmi Hazmi, pelajar tahun pertama NUS berusia 22 tahun.



Menurut Encik Fahmi, persembahan tahun ini mendalami konsep berjasa dan terhutang budi.



Tambahnya lagi: "Sejauh mana pun kita pergi dan seberapa tinggi pun pencapaian yang kita kecapi, pastinya ada orang yang telah menolong dan memberikan dorongan. Tetapi, kerap kali pencapaian tersebut dianggap sekadar pencapaian individu itu sahaja.



"Sebaliknya, kita harus mengamalkan sifat berbakti dan berjasa bukan sahaja kepada mereka yang telah membantu malah masyarakat umum."



Tahun ini, NUS Ilsa Tari juga akan mencuba tarian piring iaitu suatu tarian yang belum pernah dicuba kumpulan tersebut dek risiko yang tinggi. Apabila ditanya mengenai tarian piring itu, guru tari NUS Ilsa Tari, Cikgu Osman Abdul Hamid, berkata:



"Asal tarian piring ini adalah dari Minangkabau. Orang Minangkabau biasanya menghidangkan sajian di atas piring bagi mengucapkan rasa terima kasih kepada tuhan.



"Sajian ini diberi dengan keikhlasan dan hati luhur. Jadi piring itu melambangkan keikhlasan dalam pementasan akan datang ini."



Cikgu Osman, 54 tahun, sudah terlibat dalam kegiatan NUS Ilsa Tari sejak 1995. Beliau mula berkecimpung dalam bidang seni tari pada 1977.



"Keunikan tahun ini ialah kami akan mengetengahkan bahan lingkungan kehidupan supaya penonton dapat lebih mempertikaikan isu terdekat seperti politik kehidupan, politik antara manusia, politik cara hidup dan politik berbalah pendapat," tambah beliau.



Jumlah penari NUS Ilsa Tari yang turut serta dalam persembahan tahun ini menjangkau 20 orang termasuk mahasiswa NUS dan alumni Ilsa Tari.



Maklumat lanjut berserta video dan gambarnya pula boleh didapatkan di ruang Facebook serta Instagram Ilsa Tari.



  • Penulis mahasiswi tahun ketiga Komunikasi dan Media Baru Universiti Nasional Singapura (NUS).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >