Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan pertama haji SG selamat pulang ke tanah air

Jul 17, 2022 | 05:30 AM



KUMPULAN pertama jemaah haji Singapura telah selamat pulang ke tanah air malam tadi. Mereka terdiri daripada 41 jemaah dari ejen penjualan pakej haji (GSA) Shahidah Travel & Tours (gambar atas).



Kepulangan mereka itu disambut oleh keluarga, sanak saudara dan rakan-rakan, dengan ada yang tidak dapat menahan sebak dapat bertemu kembali dengan orang tersayang.



Turut menyambut ketibaan mereka ialah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, yang menjadi ketua rombongan haji Singapura.



Encik Masagos turut mengagihkan kit ujian pantas antigen (ART) kepada jemaah menerusi GSA masing-masing untuk mereka uji diri sendiri selepas pulang ke tanah air.



Sebelum ini, Encik Masagos berkata kesemua 890 jemaah Singapura telah selesai menunaikan ibadah haji yang berjalan lancar tahun ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >