Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan sembang Telegram edar imej lucah wanita dikatakan warga S'pura

Polis siasat foto wanita pakai ceongsam diubah kepada pakaian dalam, diedar dalam kumpulan SGWikiLeaks
Feb 17, 2023 | 05:30 AM



SEORANG penjana kandungan digital, Cik Jordelia Tan, yang memuat naik ke Instagram gambar beliau bersama dan rakan-rakannya memakai ceongsam terkejut apabila foto sama menunjukkan mereka memakai pakaian dalam.



Gambar yang disunting dan diubah itu kemudian diedar dalam kumpulan sembang Telegram yang juga mempunyai foto lain wanita Asia dalam keadaan seksi.



Kumpulan itu mendakwa bahawa sebahagian daripada wanita tersebut adalah warga Singapura.



Ia juga mendakwa dikaitkan dengan pentadbir yang menyelaras kumpulan sebelumnya yang 'menjaja' kandungan lucah serupa, lapor akhbar The Straits Times.



Polis berkata laporan telah dibuat dan mereka sedang menyiasat kes itu.



Cik Tan, 23 tahun, berkata pengalaman tersebut cukup mengerikan. Beliau mendapat tahu mengenai kumpulan sembang Telegram itu melalui seorang pengikut Instagram.



"Saya terkejut apabila saya melihat gambar yang disunting itu. Ia kelihatan agak realistik lantas bermaksud sesiapa yang melakukan perkara itu berusaha gigih untuk menyunting dan tampal tubuh orang lain ke muka saya.



"Saya rasa jijik (melihat foto itu), dan perbuatan itu satu kesalahan besar. Saya berterusan berfikir mengapa seseorang boleh tergamak melakukan perkara seperti ini?



"Ia gambar biasa sahaja tetapi diubah menjadi sesuatu yang berbaur seksual pula," kata beliau.



Polis berkata menghantar sebarang bahan lucah melalui kaedah elektronik adalah satu kesalahan.



Orang ramai yang mengetahui tentang sesiapa terlibat dalam kegiatan sebegitu boleh membuat laporan polis.



Cik Tan berkata beliau melaporkan kumpulan itu, yang dipanggil SGWikiLeaks, di Telegram dan merancang membuat laporan polis tidak lama lagi.



Kumpulan itu dipercayai menyebarkan gambar dan video lucah wanita.



Pemeriksaan akhbar itu menunjukkan bahawa pentadbir SGWikiLeaks nampaknya telah mencipta berbilang ruang sembang di Telegram di bawah nama yang sama, dengan lebih 26,000 anggota dalam kumpulan sembang utamanya.



Kumpulan sembang lain mempunyai antara 4,000 dan 22,000 ahli. Salah satu kumpulan sembang itu memerlukan bayaran AS$250 ($333) untuk memasukinya.



Tidak diketahui di mana kumpulan itu berpangkalan, tetapi ia mendakwa ia menawarkan bahan lucah, kebanyakannya mengenai wanita Singapura.



Sebuah lagi kumpulan Telegram, SG Nasi Lemak, menjadi sebutan pada 2019 apabila empat lelaki ditangkap kerana pelibatan mereka dalam kumpulan yang tidak berfungsi lagi itu, yang menyediakan gambar dan video lucah.



Dua tahun lalu, nama asatizah wanita tempatan terkait dengan satu tinjauan bersifat lucah yang tular dalam talian dan menyenaraikan nama mereka.




"Kami ingin mengingatkan orang ramai bahawa menghantar sebarang bahan lucah melalui cara elektronik adalah satu kesalahan. Orang ramai mungkin ingin membuat laporan polis jika mereka mengetahui orang yang terlibat dalam kegiatan itu."
- Polis.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >