Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kumpulan wanita mahu lihat ada 20 peratus wanita dalam lembaga pengarah menjelang 2020: Grace Fu

Mar 23, 2017 | 10:47 AM



BANYAK lagi yang boleh dilakukan bagi mengukuhkan kepelbagaian jantina dalam kepimpinan korporat di sini, kata Menteri Kebudayaan, Masyarakat dan Belia Grace Fu pada Khamis (23 Mac).



Cik Fu berkata Sayap Wanita PAP, bersama BoardAgender, satu inisiatif Majlis Pertubuhan Wanita Singapura (SCWO), sedamg membuat cadangan bersama kepada Penguasa Kewangan Singapura (MAS) untuk mendorong kepelbagaian jantina dalam lembaga pengarah.



"Kami mengajukan sasaran 20-20 - sekurang-kurangnya 20 peratus pengarah wanita dalam lembaga pengarah menjelang 2020 - diterima oleh syarikat tersenarai dan badan berkanun," kata Cik Fu. Ini akan menjadi langkah besar berbanding 9.7 peratus pada masa ini.



Beliau berkata Sayap Wanita PAP dan SCWO juga menyeru MAS supaya menjadikan "mematuhi atau menjelaskan" sebagai dasar pendedahan dalam kepelbagaian lembaga pengarah sebagai mandatori.



Pendedahan itu memerlukan syarikat yang tidak memenuhi garis panduan memberi penjelasan.



Jawatankuasa Tindakan Kepelbagaian juga membuat cadangan serupa kepada MAS untuk menjadikannya satu keperluan dalam Kod Tadbir Urus Korporat bagi syarikat tersenarai, kata Cik Fu.



Beliau berkata demikian pada majlis pelancaran set terakhir siri Panduan Tadbir Urus Korporat kepada lembaga pengarah dan lembaga jawatankuasa di sini anjuran Institut Pengarah Singapura.



Cik Fu berkata daripada seluruh syarikat yang tersenarai dalam bursa Singapura, wanita memegang 9.7 peratus kerusi lembaga, berbanding 9.1 peratus pada tahun sebelumnya.



Ini jauh lebih rendah berbanding dengan perwakilan wanita dalam tenaga kerja dan dalam pengurusan kanan.



Memetik contoh, beliau berkata Starhub mempunyai seorang wanita dalam lembaga pengarah, Olam International mempunyai dua, manakala syarikat seperti Genting Singapore, Global Logistics Properties, Golden Agri-Resources dan Wilmar International tidak mempunyai seorang pun wanita dalam lembaga pengarah.



Walaupun dalam industri yang mempunyai majoriti pelanggan dan kakitangan wanita - seperti makanan dan minuman, isi rumah dan produk peribadi, barangan pengguna dan kelengkapan pakaian - banyak syarikat mempunyai semua anggota lelaki.



Beliau berkata mempunyai wanita dalam lembaga pengarah dapat membantu pengurusan memahami perspektif pelanggan wanita dan tenaga kerja dengan lebih baik, dan meraih pengetahuan dan penglibatan lebih dalam bagi pemegang kepentingannya.



"Namun ini bukan soal memberi layanan istimewa kepada jantina tertentu - merit masih lebih utama.



"Tetapi kita boleh dan mesti lebih berusaha mengukuhkan kepelbagaian jantina dalam kepimpinan korporat," kata Cik Fu. - ST




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >