Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kursus mandatori dipertingkat bagi pengawal keselamatan

Langkah lebih sokong usaha pertingkat kemahiran pekerja di bawah model gaji progresif
Feb 03, 2023 | 05:30 AM



SEMUA pengawal keselamatan dan pengawal keselamatan kanan perlu menjalani kursus mandatori dipertingkat yang akan dilancarkan suku ketiga tahun ini demi memenuhi syarat pelesenan baru.



Dalam satu kenyataan bersama semalam, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan SkillsFuture Singapura (SSG) berkata Pusat bagi Keselamatan Perlindungan (CPS) polis dan SSG telah mempertingkat Unit Pelesenan Asas (BLU) Mandatori bagi pengawal berpangkat Pengawal Keselamatan (SO) dan memperkenal kursus mandatori baru bagi pengawal Keselamatan Kanan (SSO).



SO kini perlu menjalani kursus tiga hari, berbanding dua hari sebelum ini, meliputi elemen baru seperti pengurusan kawalan kemasukan dan mengendali peralatan keselamatan asas, daripada diajar tugas kawalan dan meronda sahaja.



Aspek tambahan itu sebelum ini disediakan di bawah kursus mandatori bagi SSO.



Kursus respons insiden bagi SO turut dipertingkat tetapi ia kekal selama tiga hari.



Bagi SSO, mereka akan diwajibkan menjalani kursus pemantauan keselamatan baru selama dua hari.



MHA dan SSG berkata ini diterapkan selepas pemerintah menerima saranan Kelompok Tiga Pihak bagi Keselamatan (STC) yang dikemukakan kelmarin bagi mengemas kini keperluan latihan mandatori di bawah tangga kemahiran model gaji progresif (PWM).



Jabatan Kawalan dan Pelesenan Polis (PLRD) akan mengubah syarat pelesenan bagi agensi dan pengawal keselamatan berdasarkan tangga kemahiran dipertingkat itu.



Semua SO baru perlu menyelesaikan BLU dipertingkat itu mulai 1 Januari 2024.



SO dan SSO sedia ada pula perlu mendapatkan Sijil Pencapaian Piawaian (SOA) hingga menjelang 31 Disember 2025 bagi memenuhi syarat pelesenan baru itu.



Keperluan latihan mandatori itu diterapkan secara beransur agar dapat mengurangkan perubahan terhadap tempoh latihan sedia ada.



Selain kursus mandatori baru, mandatori juga bagi semua pengawal keselamatan menyelesaikan quiz ulang kaji agar layak memperbaharui lesen mereka mulai 1 Januari 2024.



Lesen pengawal keselamatan dikeluarkan PLRD sah selama lima tahun bagi pekerja warga dan Penduduk Tetap (PR) Singapura.



Quiz itu akan memastikan pengawal mendapat maklumat terkini tentang perubahan dalam industri itu, kata SSG dan MHA.



"Keperluan latihan terkini ini akan lebih menyokong usaha tiga pihak mempertingkat kemahiran pekerja sedang industri ini lebih kerap memanfaatkan teknologi untuk menyokong operasinya di bawah Peta Transformasi Industri Keselamatan," menurut kenyataan itu.



Ia menambah bahawa STC telah menyarankan agar kemahiran berkaitan teknologi dapat ditekankan dan kemahiran pengurusan pertikaian dan pendekatan awam turut dimasukkan sebagai sebahagian tangga kemahiran PWM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >