Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi 193 dormitori diisytihar bebas Covid-19

Jul 14, 2020 | 09:05 PM



SEJUMLAH 193 dormitori lagi diisytiharkan bebas daripada Covid-19 mulai hari ini (Selasa, 14 Julai). Dormitori yang dimaksudkan ini meliputi sebuah dormitori yang dibina khas (PBD), 170 dormitori yang asalnya merupakan kilang dan 22 kuartes binaan sementara.



Dalam pada itu, 19 blok bagi pekerja yang pulih (BRW) di lapan PBD juga disahkan bebas daripada jangkitan koronavirus (senarai terkini di dalam laman Kementerian Tenaga Manusia (MOM)



Ini didedahkan MOM dalam satu kenyataan malam ini (14 Julai, 2020). Dari sejumlah 19 BRW yang bebas Covid-19, tiga merupakan rangkaian dormitori Mandai Lodge. Dengan pengumuman itu, seluruh Mandai Lodge disahkan bebas daripada Covid-19 dengan sebuah blok lagi diisytihar bebas Covid-19 sebelum ini.



Perkembangan terkini ini menjadikan jumlah keseluruhan dormitori bebas Covid-19 di 19 PBD mencecah 818 dormitori manakala 59 BRW turut bersih daripada jangkitan ini.



Sehingga 13 Julai, seramai 215,000 pekerja sama ada sudah pulih atau diuji bebas daripada virus. Beberapa pekerja kini menanti masa dipindahkan ke kediaman bersesuaian sebelum mula bekerja. Yang lain boleh kembali bertugas sejurus operator dormitori, majikan dan pekerja asing sudah membuat persiapan melakukan tiga langkah yang diperlukan untuk mengurangkan risiko jangkitan baru sedang mereka mula bertugas setiap hari.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >