Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi kejadian paip bocor di Bukit Batok

Oct 01, 2017 | 02:15 PM



Sebuah paip pecah di kawasan Bukit Batok pada Ahad (1 Okt) pagi, membuat air terpancut beberapa meter berhampiran Blok 222 dan 223 di Bukit Batok Central.

Agensi air kebangsaan PUB memberitahu akhbar The Straits Times ia menerima laporan mengenai kebocoran "pada paip utama di kawasan rumput" berhampiran blok tersebut pada awal pagi.

Ia menambah: "Kebocoran itu turut dikesan oleh sensor kami."

PUB berkata ia segera menghantar pegawai dan kontraktor pembaikan ke tapak tersebut, dan kebocoran itu dihentikan pada 9 pagi.

"Kerja pembaikan sedang berjalan dan dijangka siap hari ini. Tiada penutupan jalan dan lalu lintas tetap lancar," kata agensi itu.

Ia memberi jaminan kepada pelanggan bahawa bekalan air kepada mereka tidak terjejas.



Peristiwa terbaru ini mengingatkan penduduk di kawasan "air pancut" yang berlaku akibat paip pecah minggu lepas di simpang Bukit Batok West  Avenue 6 dan Bukit Batok West Avenue 8.



PUB berkata:  "Ini (kes hari ini) kejadian berasingan dan tidak ada kaitan dengan kebocoran paip terdahulu di Bukit Batok West, yang telah dibaiki."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >