Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lagi kes pegawai keselamatan diserang semasa bertugas

Aug 30, 2022 | 07:56 PM



TERDAPAT satu lagi kes pegawai keselamatan diserang semasa menjalankan tugas.


Menurut satu kenyataan Kesatuan Pekerja Keselamatan (USE) pada Selasa (30 Ogos), seorang anggotanya dikenali hanya sebagai Encik Afinde, telah ditugaskan di sebuah kondominium yang terletak di kawasan barat pulau ini pada Isnin (29 Ogos).


Semasa beliau melakukan rondaan, Encik Afinde memasuki sebuah lif dan terserempak dengan penyerangnya.


Penyerang itu kemudian menyerang pegawai keselamatan itu di bahagian kepala dan belakangnya.


Penyerang itu juga mengeluarkan kata-kata lucah semasa melakukan serangan tersebut. 


Semua kejadian itu dirakam oleh rakaman kamera litar tertutup (CCTV).


Encik Afinde, dengan sokongan daripada pengurusannya, telah membuat laporan polis.


Wakil USE turut melawatnya semalam dan memberinya beberapa hadiah dan baucar.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >