LAGU pertahanan mutlak kini mempunyai seorang penyanyi utama baru yang akan mendendangkan lagu yang mula dinyanyikan dan disiarkan pada 1984.
Dengan lirik dan gubahan muzik yang turut diubah dan diperbaharui, Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, menyanyikan lagu tersebut bersama beberapa penyanyi dari Music and Drama Company, Angkatan Bersenjata Singapura (SAF MDC) dan sebuah band tempatan, QuickPick.