MENYEDARI mengenai sesuatu masalah genting adalah satu perkara tetapi melakukan sesuatu untuk mengurangkannya adalah perkara lain.
Bagi dua anak muda ini - Cik Nur Khairiana Mohamad Malek dan Cik Hazeera Bi Abdul Wahid - mereka bukan sahaja melakukan sesuatu untuk mengurangkan jejak karbon masing-masing, malah mahu menggalakkan orang ramai turut serta dalam usaha tersebut.