Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan basikal baru siap di AMK, Bishan dan Toa Payoh

Oct 03, 2022 | 05:30 AM



KERJA menyediakan laluan basikal di seluruh Singapura sedang berjalan dengan baik



Kini, penduduk Ang Mo Kio, Bishan dan Toa Payoh boleh menggunakan laluan basikal sepanjang 14.5 kilometer yang baru siap di estet mereka.



Kira-kira tujuh kilometer laluan itu terletak di Ang Mo Kio, hampir empat kilometer di Bishan dan kira-kira 3.5 kilometer di Toa Payoh.



Laluan basikal ini tambahan terbaru di bawah program rangkaian berbasikal seluruh pulau oleh Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang bertujuan meluaskan laluan basikal Singapura kepada kira-kira 1,300 kilometer menjelang 2030, kata penguasa itu kelmarin.



Sekurang-kurangnya 25 kilometer laluan basikal tambahan dan penyambung taman dijadualkan ditambah merentasi tiga estet itu menjelang 2026.



Apabila siap sepenuhnya, rangkaian basikal di Ang Mo Kio akan menjangkau kira-kira 27 kilometer dan menyediakan laluan lebih baik menghala ke stesen MRT Mayflower dan Lentor, kata LTA.



Penduduk Ang Mo Kio juga akan dihubungkan ke Bishan oleh laluan basikal baru yang menyediakan akses lebih baik ke stesen MRT Bishan serta Kallang Park Connector sedia ada yang menuju ke Kallang Riverside Park.



Baki 3.7 kilometer laluan basikal daripada keseluruhan 7.7 kilometer yang dirancang bagi Bishan Town dijangka siap pada 2023.



Penduduk Toa Payoh juga boleh mengharapkan ketersambungan lebih baik antara stesen MRT Toa Payoh dan Braddell apabila baki laluan basikal 5.5 kilometer siap pada 2023.



Laluan basikal baru siap itu dilancarkan Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen, kelmarin.



Dalam ucapannya Dr Ng berkata: "Laluan yang telah siap ini membawa kita selangkah lebih dekat untuk membina bandar mesra basikal, bukan bagi penduduk di sini sahaja, malah seluruh Singapura.



"Dengan perkembangan ini, kita semua boleh melakukan bahagian kita untuk mengurangkan jejak karbon kita, dan pada masa sama, meningkatkan kesihatan kita sendiri melalui berjalan kaki dan berbasikal sebagai cara hidup."



Beliau melancarkan laluan baru dengan memulakan perjalanan bersama kumpulan yang berbasikal di ketiga-tiga estet itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >