Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laluan berbasikal 8.5km dilancar di Bukit Panjang

Feb 19, 2023 | 05:30 AM



PENDUDUK di Bukit Panjang kini boleh menggunakan laluan berbasikal sepanjang 8.5 kilometer (km) yang dilancarkan pada 18 Februari.



Ini menjadikan jarak keseluruhan laluan berbasikal dan penghubung taman di Bukit Panjang hampir 16 km, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).



Dengan rangkaian yang diperluas itu, penduduk kini boleh berjalan kaki atau berbasikal ke tiga kelab masyarakat, Pusat Penjaja dan Pasar Bukit Panjang serta pusat beli-belah seperti Bukit Panjang Plaza dan Hillion Mall.



Laluan tersebut juga terhubung dengan dengan stesen MRT Bukit Panjang dan kesemua lapan stesen LRT di kawasan itu, kata LTA.



Juga, laluan baru itu terhubung dengan penghubung taman dan taman-taman yang sedia ada.



Semasa majlis pelancaran yang diadakan di Dewan Serbaguna Bangkit Court, Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan berkata penduduk juga boleh pergi ke bandar berhampiran seperti Choa Chua Kang dan Rel Koridor yang menghubungkan Kranji di utara dengan Tanjong Pagar di selatan Singapura.



"Ini bermakna, penduduk Bukit Panjang boleh pergi ke semua tempat yang perlu dituju di dalam bandar ini, pergi ke bandar berdekatan, mengikuti laluan lebih panjang ke Kranji atau Tanjong Pagar atau menyusuri Longkah Besar Bukit Timah ke Kebun Bunga," kata Dr Balakrishnan, yang juga Anggota Parlimen bagi GRC Holland-Bukit Timah.



Beliau menekankan peri penting budi pekerti dan keselamatan semasa mengunakan laluan itu yang dikongsi bersama pelbagai pengguna.



"Kita perlu berkongsi rangkaian laluan yang hebat ini dengan penunggang basikal, pemandu kenderaan dan pejalan kaki. Jika kita dapat mengamalkan adab sopan dan mengambil kira keselamatan dan kebajikan satu sama lain, ia lebih baik," tambah beliau.



Dr Balakrishnan dan Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng telah berbasikal di laluan sepanjang 5.3 km pada pagi 18 Februari.



Dengan laluan baru itu, seorang penduduk yang tinggal di Senja dapat berbasikal ke Taman Alam Semula Jadi Zhenghua dalam masa kurang 10 minit, kata LTA.



Bagi mempertingkat keterhubungan bahagian pertama dan akhir perjalanan, LTA juga menambah kemudahan meletak basikal di stesen LRT Pending, Segar dan Senja.



Selain itu, 17 lintasan berisyarat bagi pejalan kaki telah diluaskan dan dua lintasan basikal ditambah untuk menjadikan jalan raya lebih selamat bagi pengguna.



Dengan siapnya laluan berbasikal di Bukit Panjang, kini terdapat 11 bandar HDB yang mempunyai rangkaian laluan berbasikal.



10 bandar lain ialah Ang Mo Kio, Bedok, Changi-Simei, Daerah Tasik Jurong, Pasir Ris, Punggol, Sembawang, Taman Jurong, Tampines dan Yishun.



Matlamat LTA adalah untuk menyediakan laluan berbasikal di setiap bandar HDB dan menambah rangkaian berbasikal di sini menjadi 1,300 km menjelang 2030.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >