Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman berita palsu yang galak judi dikesan dan disekat

Mar 05, 2023 | 06:36 PM



DENGAN memaparkan logo dan susun atur yang sama dengan pertubuhan berita yang berbeza, laman web ini kelihatan hampir sama dengan laman web berita yang sebenar, kecuali mereka mendakwa warga Singapura boleh memenangi ribuan dolar dengan membuat pertaruhan di laman judi yang ‘boleh dipercayai’.



Malah, pembaca yang tidak mengesyaki apa-apa juga mungkin akan terperdaya mempercayai bahawa The Straits Times, Lianhe Zaobao dan CNA menggalak perjudian di dalam talian menerusi rencana yang diterbitkan mereka.



Hanya apabila diteliti dengan dekat, pembaca akan mendapati bahawa laman web itu sebenarnya palsu.



Antara lain, domain yang digunakan termasuk zaobao-now.com atau channelasianews.com.



Laman web itu, yang sudah disekat, juga mengandungi pautan yang membawa pembaca ke laman web perjudian yang palsu, dipercayai digunakan untuk menipu mangsa mendedahkan akaun bank dan butiran peribadi mereka.



Laman web phishing itu dikenal pasti pada awal 2022 semasa percubaan Online Cybersquat Hunter (OCH) yang dihasilkan oleh Agensi Sains dan Teknologi Home Team (HTX).



OCH menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan analitik imej dan teks untuk menganalisis dua juta laman web setiap hari, mengenal pasti laman web palsu dan menurunkannya.



Ia dibangunkan dan digunakan buat kali pertama pada lewat 2020 dan pada awalnya dihasilkan untuk menganalisis laman web yang cuba meniru laman web Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dan pertubuhan yang berkaitan dengannya.



OCH kini telah diperluas kepada pertubuhan pemerintah lain untuk membantu mereka memerangi penipuan.



Semasa percubaan untuk menguji jika ia boleh mengesan laman web berita palsu pada 2022, OCH berjaya mengenal pasti lebih 10 laman web yang dipercayai dibentuk oleh penipu.



Mereka yang cuba memasuki laman web itu sekarang akan melihat amaran daripada polis bahawa ia merupakan laman web yang disyaki berbentuk penipuan.

Pasukan Q di HTX, yang membangunkan OCH, juga telah membangunkan wadah lain untuk memerangi penipuan bagi pihak berkuasa.



Antaranya termasuk Synweb, yang bertujuan menangani isu laman web berbentuk penipuan yang kembali hidup semula dengan nama domain dan URL berbeza selepas diturunkan sebelum itu.



Pasukan Q, yang merupakan sebuah pasukan pakar di HTX yang menghasilkan huraian prototaip pantas bagi masalah bukan konvensional, juga sedang meneroka wadah lain untuk menangani jenis penipuan lain seperti yang melibatkan kredit bagi seks, yang menyumbang kepada 626 kes dan kerugian sebanyak $2.1 juta pada 2022.



Semasa perbahasan Jawatankuasa Perbekalan (COS) bagi MHA pada Isnin lalu (27 Februari), Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Sosial dan Keluarga), Cik Sun Xueling, berkata polis berupaya mengenal pasti dan menyekat sekitar 20,000 laman web berbentuk penipuan dengan bantuan wadah analitik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >