Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman kedua menggunakan komen palsu menukil DPM Tharman bagi menarik pelaburan bitcoin

Sep 20, 2018 | 07:07 PM



SEBUAH laman kedua telah didapati menggunakan kenyataan palsu yang menukil Timbalan Perdana Menteri Tharman Shanmugaratnam untuk menarik pelaburan bitcoin, menurut Penguasa Kewangan Singapura (MAS).



Ini setelah laman serupa ditemui lewat Selasa lalu.



Dalam kenyataan MAS semalam, bank pusat itu memberi peringatan agar orang awam berhati-hati apabila menjumpai laman begitu dan mengelak dari menyediakan maklumat peribadi atau kewangan dalam borang-borang terdapat dalam laman itu.



"Kes pelaburan yang menipu serta kegiatan haram harus dirujukkan kepada polis,'' kata bank pusat itu.



MAS melampirkan satu laman skrin dengan tajuk: 'Tharman Shanmugaratnam melancarkan projek digital hi-tek bagi rakyat Singapura. Ia akan membuat anda kaya dalam tempoh tujuh hari.'



Selasa lalu, MAS memberi amaran bahawa laman yang cuba menipu itu menyatakan Singapura sedang menembusi pasaran mata wang kripto bitcoin dan cuba menipu dengan menukil DPM Tharman



MAS berkata kenyataan dalam laman itu adalah tidak benar.



Bank pusat itu juga menambah bahawa ia amat berisiko tinggi untuk meletakkan wang dalam mata wang kripto seperti bitcoin.



Pada 19 Disember tahun lalu, MAS telah memberi amaran kepada awam mengenai risiko pelaburan mata wang kripto.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >