Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman tipu Mandai Wildlife Reserve jual tiket zoo palsu $10

wrs
Apr 06, 2023 | 05:30 AM



SATU laman tipu menyerupai laman rasmi Mandai Wildlife Reserve telah menjual tiket-tiket Taman Haiwan Singapura yang palsu pada harga diskaun $10 bagi orang dewasa.



Tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak.



Dalam satu catatan Facebook pada Rabu, Mandai Wildlife Reserve (MWR) berkata ia telah melaporkan hal ini kepada pihak berkuasa dan ia menggesa orang ramai supaya tidak termakan oleh tawaran sedemikian atau apa jua laman pancingan lain yang mendakwa menjual tiketnya.



MWR menambah bahawa laman-laman itu adalah palsu dan tidak disahkannya untuk menjual tiket.



Difahami, laman web tipu itu telah diadang dan tidak boleh diakses. 



Di laman rasminya, tiket Taman Haiwan Singapura berharga $48 bagi orang dewasa, $33 bagi kanak-kanak dan $20 bagi warga senja.



"Semua penjualan tiket masuk harus dilakukan menerusi mandai.com atau menerusi ejen pelancongan yang disahkan.



"Usah memberi sebarang butiran peribadi dan butiran bayaran anda kepada laman-laman pancingan ini, atau berkongsi pautan ini dalam media sosial," kata MWR.



MWR menguruskan Taman Haiwan Singapura, Safari Malam, Bird Paradise, dan River Wonders.



 



 




"Semua penjualan tiket masuk harus dilakukan menerusi mandai.com atau menerusi ejen pelancongan yang disahkan. Usah memberi sebarang butiran peribadi dan butiran bayaran anda kepada laman-laman pancingan ini, atau berkongsi pautan ini dalam media sosial."



- Mandai Wildlife Reserve.



 



Artikel ini telah disemak bagi menambah ketepatannya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >