Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Laman Yale-NUS sedia akses percuma peta S'pura abad ke-19

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



DERETAN rumah kedai dan blok-blok apartmen kini dapat dilihat di Balestier Road, namun jenis perumahan yang cukup berbeza pernah mengisi jalan rayanya pada lewat abad ke-19.



Dalam satu peta Singapura 1892 yang menunjukkan kediaman utama serta tarikan menarik, lebih 10 buah banglo membarisi jalan raya tersebut.



Rumah-rumah itu dimiliki penduduk yang bekerja atau mempunyai perniagaan di kawasan bandar berdekatan Sungai Singapura, yang kemudiannya mula sesak dan menjadi mahal untuk didiami.



Peta tersebut yang merupakan koleksi Perpustakaan Bodleian Universiti Oxford, merupakan salah satu daripada 1,500 peta Singapura dan Asia Tenggara pra-1900 yang telah menjalani proses pendigitalan dan kini percuma untuk diakses daripada sebuah laman baru.



Dikumpul oleh sebuah pasukan dari Kolej Yale-NUS, platform dalam talian itu mempunyai peta daripada tiga perpustakaan lain selain perpustakaan-perpustakaan Bodleian - Lembaga Perpustakaan Negara Singapura, Perpustakaan Universiti Leiden dan Perpustakaan Buku serta Manuskrip Jarang Ditemui Beinecke di Universiti Yale.



Pasukan pengkaji itu diketuai Profesor Jane Jacobs dari pembelajaran bandar Yale-NUS.



Beliau berkata salah satu sasaran projek itu adalah untuk memanfaatkan pendigitalan bagi menjadikan koleksi perpustakaan tersedia kepada lebih ramai pengguna seperti guru seperti geografi dan sejarah, pelajar, cendekiawan dan peminat sejarah amatur.



Beliau berkata demikian semasa majlis pelancaran platform itu yang diadakan secara maya pada 30 Ogos lalu.



Kurator Yale-NUS, Cik Robin Blackburn, berkata sedang sesetengah peta di platform itu sebelum ini hanya disediakan untuk tontonan fizikal di perpustakaan, yang lain boleh diakses daripada katalog dalam talian di setiap perpustakaan, namun sukar dicari.



Pasukan pengkaji itu telah menjadikan peta-peta tersebut lebih mudah diakses di platform barunya dengan menambah metadata bagi setiap peta melebihi apa yang disediakan oleh sumber-sumber perpustakaan itu.



Seperti contoh, selain sistem pencarian bagi tarikh dan lokasi, pengguna boleh mencari peta dengan ciri-ciri seperti stesen bas atau pejabat pos, serta berdasarkan di mana ia diterbitkan, dan oleh siapa.



Tambahan lagi peta-peta bersejarah telah ditindih ke atas peta masa kini agar pengguna boleh rasakan bagaimana tempat-tempat tersebut telah berubah saban masa.



Selain pencarian peta, pengguna boleh belajar mengenai penghasilan peta menerusi set peta-peta dan teks yang dipilih susun dalam sebuah muka surat diberi nama Imagined Geographies pada seksyen MapJourneys di platform tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >