Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lambang kebangsaan sebagai 'penghubung' jati diri generasi lama dan baru

Jul 17, 2021 | 05:30 AM



SEBAGAI seorang belia, Encik Syarifuddin Azhar Rosli melihat lambang kebangsaan sebagai sesuatu yang diturunkan daripada generasi lalu kepada generasi muda hari ini.



Oleh itu, beliau membuat keputusan untuk menyertai Kumpulan Kerja Warga Untuk Lambang Kebangsaan bagi menyumbang pandangannya tentang lambang-lambang itu, dan kegunaannya terutama dalam dunia digital.



"Gencana negara sebagai contoh, apabila dibesarkan, kita dapat melihat butiran halus seperti muka singa, yang mungkin kelihatan sedikit lucu. Ini menunjukkan keterbatasan dalam memindahkan gambar lukisan tangan ke alam digital secara bulat-bulat," kata Encik Syarifuddin, 25 tahun, yang bakal memulakan pengajian di Universiti Teknologi dan Rekaan Singapura (SUTD) pada September ini.



"Apa yang saya nantikan ialah bagaimana kita dapat menyepadukan kreativiti ke dalam penyepaduan lambang kebangsaan kita," tambahnya yang menyertai kumpulan yang membincangkan tentang ikrar kebangsaan dan gencana negara.



Kumpulan itu telah mempertimbangkan fungsi, makna dan perubahan yang mungkin boleh dilakukan kepada lambang-lambang itu.



Antara soalan yang kumpulannya bincangkan adalah sama ada mereka harus menyarankan perubahan ke atas simbol-simbol itu atau mengekalkannya seperti sedia ada.



"Saranan yang kami utarakan termasuk mengadakan dialog tentang simbol kebangsaan. Generasi muda di Singapura dilahirkan ke dalam negara yang sudah wujud dan ada simbol-simbolnya yang diturunkan daripada generasi sebelumnya yang telah mencipta lambang-lambang itu.



"Menerusi dialog dan perbincangan, kami berharap untuk memberi simbol-simbol itu makna kami sendiri, supaya ia menjadi bermakna bagi kami dan juga generasi sebelumnya," tambah Encik Syarifuddin.



Sejumlah 47 warga Singapura daripada pelbagai latar belakang menyertai kumpulan kerja di bawah Kementerian Kebudayaan, Masyarakat dan Belia (MCCY) itu yang membincangkan tentang bendera, lagu, ikrar dan bunga kebangsaan, serta gencana negara dan lambang kepala singa.



Mereka turut meneroka sama ada simbol baru diperlukan.



Kumpulan itu antara lain telah melakukan tinjauan ke atas hampir 1,500 orang awam, dan mengadakan wawancara serta perbincangan kumpulan fokus dengan pendidik dan pemuzik, untuk lebih memahami bagaimana warga menggunakan lambang kebangsaan dan perasaan mereka terhadapnya.



Seorang lagi peserta ialah Cik Rita Zuhaida Mohamed Nazeer, 34 tahun, yang menyertai kumpulan simbol baru untuk menilai sentimen masyarakat tentang menyertakan lambang baru ke dalam senarai simbol negara.



"Sebelum ini, saya berpendapat bahawa warga, terutama generasi muda, mungkin lebih cenderung untuk menambah lambang kebangsaan kita.



"Namun saya berasa kagum kerana majoriti peserta kami berpendapat lambang yang sedia ada sudah memadai dan bercitrakan warisan, sejarah, nilai dan impian kami.



"Buat masa ini, laporan kami tidak menunjukkan adanya kecenderungan daripada orang awam tentang lambang kebangsaan yang baru, namun saya berharap laporan ini dapat membangkitkan semangat kewarganegaraan serta mencetuskan perbincangan dalam kalangan generasi muda hari ini tentang lambang kebangsaan yang baru.



"Justeru, amat penting untuk kita terus meningkatkan kesedaran dan menghargai makna di sebalik lambang-lambang kebangsaan ini.



"Malah usaha ini bukan sahaja tertakluk di dalam kurikulum pendidikan nasional di sekolah tetapi menjangkau di luar sekolah juga," kata timbalan pengarah kawasan undi Bedok itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >