Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah baru S'pura untuk kawal penyebaran Covid-19

Sep 06, 2021 | 11:40 PM



DENGAN bilangan kes Covid-19 mingguan di Singapura naik dua kali ganda minggu lalu ke lebih 1,200, langkah-langkah baru diumumkan pada Isnin (6 Sept) untuk memastikan keadaan terkawal.


Ini bagi memberi negara ini masa memvaksin lebih ramai orang, dan memperlambat penularan tanpa perlu kembali ke keadaan kewaspadaan yang dipertingkat, atau pemutus rantaian jangkitan, kata Menteri Kewangan Encik Lawrence Wong, yang merupakan pengerusi bersama  pasukan bertindak berbilang kementerian (MTF) Covid-19.



1. Amaran risiko kesihatan (HRW) dan pemberitahuan risiko kesihatan (HRA) akan dikeluarkan apabila kelompok baru dikesan


Sebaik sebuah kelompok dikenal pasti, HRW dan HRA akan dikeluarkan kepada individu yang terdedah untuk membendung kelompok dengan cepat.


Mereka yang menerima HRW dikehendaki oleh undang-undang supaya mendapatkan ujian reaksi rantaian polimerase (PCR) dan mengasingkan diri sehingga mereka mendapat keputusan negatif daripada ujian pertama mereka.


Mereka juga akan diminta melakukan ujian pantas antigen (ART) selepas itu, dan satu lagi ujian PCR pada hari ke-14.


Mereka yang menerima HRA tidak diwajibkan tetapi digalak menjalani ujian PCR secepat mungkin.


Untuk kedua-dua HRW dan HRA, individu harus mengurangkan interaksi sosial mereka selama 14 hari.



2. Pekerja dari lebih banyak sektor perlu jalani ujian rutin pantas dan mudah dengan lebih kerap


Pekerja dalam lebih banyak sektor, termasuk kakitangan barisan hadapan pengangkutan awam dan pekerja pasar raya, kini harus menjalani ujian rutin berjadual pantas dan mudah mandatori.


Ujian sedemikian juga harus dilakukan lebih kerap untuk pekerja ini - dari dua minggu sekali ke seminggu sekali.

3. Syarikat dalam sektor yang tidak diwajibkan menjalani ujian mandatori akan terima lapan kit ART bagi setiap pekerja


Pemerintah akan memberi syarikat lapan kit ART bagi setiap pekerja, untuk memudahkan ujian kakitangan setiap minggu selama dua bulan.


Semua syarikat dijangka dapat memulakan ujian mingguan untuk kakitangan mereka di lokasi.


Ujian itu boleh dilakukan oleh individu di rumah atau di tempat kerja. Tetapi majikan harus mempunyai proses memastikan bahawa ujian dilakukan dengan betul, dan melaporkan keputusannya kepada agensi pemerintah masing-masing.



4. Orang ramai dinasihati agar hadkan perjumpaan sosial kepada satu sehari


Bagi dua minggu akan datang, orang-orang di Singapura dinasihatkan supaya hadkan diri mereka kepada satu perjumpaan sosial sehari, sama ada di isi rumah lain atau di tempat awam. Perhimpunan sosial di tempat kerja tidak lagi dibenarkan mulai Rabu.


Pemerintah akan mengambil tindakan lebih keras sekiranya terdapat kes positif di kalangan pekerja.

5. Suntikan penggalak vaksin Covid-19 dipertimbangkan untuk orang dewasa yang lebih muda


Encik Wong pada Isnin berkata pemerintah juga sedang mengkaji kemungkinan melancarkan suntikan pengganti vaksin Covid-19 untuk orang dewasa yang lebih muda.


"Ini bukan sahaja akan melindungi mereka, tetapi juga membantu memerlahankan penularan," katanya.


Pemerintah mengumumkan minggu lalu bahawa ia akan melancarkan suntikan penggalak untuk warga emas, mulai hujung bulan ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >