Subuh
5:36
Syuruk
6:53
Zuhur
12:57
Asar
4:02
Maghrib
7:00
Isyak
8:08
Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Langkah pencegahan bagi Omicron sama seperti varian Delta: MOH

Dec 26, 2021 | 04:12 PM

Singapura harus melaksanakan langkah-langkah pencegahan bagi menyekat penyebaran varian virus Omicron, sama seperti bila munculnya varian Delta, kata Kementerian Kesihatan (MOH). 

Ini termasuk ujian ketat untuk pelawat ke sini, penjejakan kontak dan menempatkan individu yang terdedah atau dijangkiti di kemudahan kuarantin atau pemulihan khusus, seperti hotel.

MOH berkata demikian dalam satu kenyataan kepada media sebagai respons kepada rencana terbitan media Bloomberg, yang bertajuk “Singapore’s Travelers Face Omicron Chaos” pada 23 Disember lalu. 

Menurut jurucakap MOH, bercanggah dengan apa yang dinyatakan rencana itu, anak-anak tidak dipisahkan daripada keluarga mereka. 

Mereka yang berusia 12 tahun ke bawah akan tetap bersama dengan penjaga mereka manakala mereka berusia 13 tahun hingga 19 tahun dibenarkan diasingkan sendirian hanya dengan kebenaran bertulis daripada penjaga mereka. 

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3