Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Langkah pengurusan selamat berdasar status vaksinasi ditiadakan

Oct 11, 2022 | 05:30 AM



LANGKAH pengurusan selamat berdasarkan status vaksinasi Covid-19 (VDS) telah ditiadakan sepenuhnya mulai semalam.



Ini bermakna VDS tidak lagi diperlukan untuk acara dengan lebih 500 orang pada satu-satu masa, menjamu selera di tempat makanan dan minuman termasuk pusat penjaja, dan juga di tempat hiburan malam.



Pemeriksaan Berita Harian (BH) mendapati sentimen orang ramai terbuka untuk melakukan kegiatan tersebut bersama mereka yang tidak mendapatkan vaksin Covid-19.



Antaranya Cik Siti Hajar Ali, 28 tahun, yang percaya ini adalah langkah baik untuk Singapura mengorak langkah ke hadapan.



"Sudah lebih dua tahun kita perlu berasingan dengan mereka yang tidak mendapatkan vaksin Covid-19.



"Meskipun pengambilan vaksin adalah pilihan masing-masing, saya rasa sudah cukup masanya kita kembali untuk melakukan kegiatan bersama mereka.



"Mereka juga warga Singapura dan ini penting untuk perpaduan sosial kita," ujar pegawai bank itu yang terpaksa mengecualikan beberapa tetamu yang tidak mengambil vaksin dalam majlis perkahwinannya baru-baru ini.



Bagi Encik Hafiz Hazwan, 32 tahun, beliau berpendapat bahawa masyarakat perlu memainkan peranan meskipun VDS ditiadakan.



"Ini bukan masanya bersikap sambil lewa. Walaupun VDS ditiadakan, virus itu masih hidup di sekitaran kita semua.



"Oleh itu, saya berharap orang ramai akan sentiasa memainkan peranan untuk mencegah daripada menjangkiti atau menyebar virus itu di khalayak ramai dengan apa yang mereka telah pelajari selama pandemik ini," kata kakitangan awam itu.



Encik Ibrahim Noor, 35 tahun, pula gembira langkah baru ini menunjukkan penambahbaikan status negara dalam peperangan terhadap Covid-19.



"Kita sudah lalui pelbagai sekatan dan langkah untuk menangani keadaan Covid-19 ini dan langkah ini bak seperti 'ganjaran' atas usaha kuat negara terhadap Covid-19 .



"Saya antara mereka yang sudah membuka pelitup dan melakukan kegiatan seperti tempoh pra-Covid. Saya tidak sabar melihat lebih ramai orang melakukan perkara yang sama sedang kita ke arah endemik," ujar usahawan itu.



Menjawab langkah terbaru dalam catatan Facebook Sabtu lalu, Menteri Kesihatan, Encik Ong Ye Kung, menyatakan:



"Ini bermakna vaksinasi telah menjadi pertahanan utama kita terhadap virus itu.



"Walaupun keadaan masih stabil sekarang, varian baru dan lebih berbahaya mungkin muncul pada musim sejuk utara.



"Kita perlu mendapatkan vaksinasi dengan betul untuk menjangkakan senario itu. Lakukan (pengambilan vaksin) lebih awal, daripada mencuba nasib dan tidak mengukuhkan perlindungankita apabila kita mempunyai masa dan ruang melakukannya," tambah Encik Ong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >