Langkah siap Melayu SG makmur masa depan
Antara fokus: Manfaat peluang dalam ekon pesat berubah; perkukuh kepimpinan agama progresif
Apr 15, 2016 | 05:30 AM
MENTERI Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Dr Yaacob Ibrahim, semalam menggariskan dua isu penting bagi mempersiap masyarakat Melayu-Islam Singapura menghadapi cabaran kini dan masa depan.
Pertama - masyarakat harus bersedia memanfaatkan peluang yang disediakan dalam keadaan ekonomi moden yang pesat berubah.