WALAU masih menuntut di universiti, Encik Faris Abdul Malik, 22 tahun, telah memulakan satu keusahawanan sosial dalam bentuk khidmat agensi tuisyen bersama adiknya, Cik Farah Abdul Malik, 19 tahun.
Encik Faris adalah seorang penuntut jurusan ekonomi Universiti Teknologi Nanyang (NTU) manakala Cik Farah pula penuntut jurusan Sains Sosial Universiti Pengurusan Singapura (SMU).