Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lapisan minyak dilihat di pesisir pantai East Coast Park

Jun 28, 2023 | 04:52 PM



Penggemar alam semula jadi, Encik Jay Yip berada di East Coast Park pada pagi Selasa dengan harapan dapat melihat kehidupan liar, tetapi sebaliknya disambut dengan pemandangan lapisan minyak (oil slick) di pesisir pantai.

“Setiap tahun, sewaktu beberapa tempoh monsun barat daya, lapisan minyak tiba di pesisir pantai tempatan kita, mewujudkan kotoran melekit, hitam ibarat tar,” kata pendidik berusia 50 tahun itu dalam satu pos di laman Facebook Persatuan Alam Semula Jadi (NSS).

Beliau ternampak lapisan minyak itu di hadapan Parkland Green, walaupun satu kumpulan daripada Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) sudahpun dilihat membersihkan kawasan itu sewaktu Encik Yip berada di sana.

Beliau memberitahu akhbar The Straits Times (ST) bahawa kawasan itu telah banyak dibersihkan, dengan sedikit kesan minyak yang tinggal.

Tetapi itu tidak bermakna bahawa lapisan minyak itu tidak mencemari habitat semula jadi di situ.

Walaupun Encik Yip masih dapat melihat beberapa haiwan di tepi pantai, beliau sedih melihat seekor umang-umang (hermit crab) besar yang kakinya berwarna ungu terang diselaputi minyak tar.

Beliau juga menemui ikan depu (stonefish) yang sudah mati, tetapi berkata ia tidak menunjukkan sebarang tanda-tanda jelas bahawa ia telah terjejas oleh minyak tersebut.

Namun, beliau menambah bahawa minyak itu boleh menjejas tahap oksigen dan tidak boleh dikecualikan sebagai punca kematian ikan tersebut.

ST telah menghubungi NSS, NEA, Lembaga Taman Negara (NParks), dan Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) untuk komen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >