Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Larangan angkut pekerja dengan lori mungkin boleh beri kesan pada niaga

Aug 02, 2023 | 03:07 PM



Adalah tidak sesuai untuk pekerja diangkut dengan lori, namun terdapat kebimbangan daripada majikan akan kesan yang boleh dialami sekiranya larangan dikenakan, kata beberapa agensi pemerintah.

Satu kenyataan bersama pihak berkuasa pada pagi Rabu menyatakan:

“Sekiranya syarikat tidak mampu menjalankan perniagaan mereka, akan terdapat kesan ke atas masyarakat, termasuk kelengahan yang menjejas projek perumahan, poliklinik dan laluan MRT, selain kos lebih tinggi bagi semua warga Singapura.

“Pekerja mereka – kededua warga Singapura dan migran berisiko hilang pekerjaan sekiranya syarikat ditutup.”

Kenyataan bersama itu dikeluarkan Kementerian Pengangkutan (MOT), Penguasa Pengangkutan Darat (LTA), Kementerian Tenaga Manusia (MOM), Penguasa Bangunan dan Binaan (BCA), Enterprise Singapore, Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA), dan Pasukan Polis Singapura (SPF).

Isu pekerja yang diangkut lori mendapat perhatian selepas 37 orang, termasuk pekerja migran, mengalami kecederaan dalam dua kemalangan lori pada Julai.

Ini mendorong kepada usaha melarang amalan mengangkut pekerja menggunakan lori.

Sepanjang dua minggu lalu, dua petisyen yang menggesa pengangkutan selamat bagi pekerja telah ditandatangani dan dikongsi sejumlah 100 kumpulan serta individu.

Sementara itu, lebih 20 kumpulan perniagaan pada Selasa telah menggesa pemerintah untuk menimbangkan sebarang perubahan kepada peraturan secara berhati-hati, dengan memetik kesulitan “sebenar, praktikal dan operasi”.

Pada Rabu, kenyataan itu berkata memandangkan cabaran yang dialami, ia telah menggesa syarikat dan persatuan industri untuk menyediakan aturan pengangkutan bagi pekerja tanpa mengenepikan pengecualian di bawah Akta Trafik Jalan Raya yang membenarkan pekerja untuk diangkut lori.

Ia berkata bahawa langkah yang sedia ada – termasuk mewajibkan penumpang kabin depan diisi sebelum dek belakang boleh digunakan untuk mengangkut pekerja – telah memperbaiki keselamatan dan mengurangkan risiko bagi pekerja.

Kadar angka kematian akibat kemalangan melibatkan mereka yang menaiki lori telah berkurangan sehingga separuh, daripada sekitar enam kematian setahun antara 2013 dengan 2017, kepada sekitar tiga setahun antara 2018 dengan 2022.

Kadar angka mereka yang cedera semasa menaiki lori telah berkurangan sehingga sekitar sepertiga.

Sepanjang lima tahun lalu, mereka yang menaiki lori – termasuk mereka yang duduk di hadapan kabin penumpang – membentuk sekitar empat peratus daripada keseluruhan mereka yang cedera akibat kemalangan trafik jalan raya setiap tahun.

Sementara itu motosikal membentuk kadar kecederaan tertinggi yang disebabkan kenderaan, pada sekitar 50 peratus setahun.

Kenyataan itu berkata:

“Justeru usaha kami kekal berdasarkan bukti dan ditumpukan kepada usaha memperbaiki keselamatan bagi semua pengguna jalan raya.

“Kami akan terus melaksanakan langkah yang menyentuh faktor yang pelbagai di sebalik kemalangan, seperti sikap memandu serta kelajuan kenderaan.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >