Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan keselamatan libatkan penumpang MRT di Ang Mo Kio pada 9 Dis

Nov 25, 2019 | 05:57 PM



LATIHAN kesediaan kecemasan akan dijalankan di stesen MRT Ang Mo Kio pada 9 Disember, kata Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) dan pengendali pengangkutan awam SMRT hari ini (25 November).



Semasa latihan antara 10 pagi dan 4 petang, penumpang harus mengambil kira masa perjalanan tambahan untuk pemeriksaan, yang akan melibatkan beberapa orang untuk jalan menerusi pengesan logam, dan barangan mereka diimbas mesin X-ray.



Dua jenis robot keselamatan - OB1FORC3 dan K3NOBI - yang dilengkapi dengan kamera litar tertutup, pengesan dan kebolehan analitik video, akan diuji semasa latihan di Ang Mo Kio untuk mengesan orang-orang mencurigakan dan barang yang tidak diawasi.



Robot itu, dibina oleh syarikat tempatan keselamatan Oneberry Technologies, telah dikerah di acara sebelum ini di Singapura.



Latihan ini yang dipanggil Latihan Pengawal Stesen, ialah sebahagian daripada pergerakan nasional SGSecure untuk memperkukuh keselamatan di tempat awam dan membina daya tahan masyarakat terhadap ancaman keselamatan.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >