Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Latihan pemulihan bagi wanita yang gunakan wang nota $100 palsu bagi mendapat kembali wang sebenar

Dec 21, 2018 | 04:23 PM



SEORANG wanita menggunakan wang nota $100 palsu bagi membeli barangan seperti rokok, gula-gula dan sebuah kad tambah nilai telefon, bagi mendapatkan baki $170 dalam bentuk wang sebenar.



Dia sebahagian kumpulan tiga sekawan yang menggunakan wang nota palsu mereka di beberapa kedai serbaneka dan kedai kopi bagi barangan kecil, untuk mendapatkan baki wang yang besar.



Hari ini (21 Dis), Zafirah Aziz, 20 tahun, dihukum 12 bulan dalam Pusat Latihan Pemulihan (RTC).



Dia mengaku salah sebelum ini bagi empat tuduhan berkomplot untuk menggunakan dan mempunyai wang nota palsu, dan lagi 10 tuduhan serupa diambil dalam pertimbangan semasa hukuman dijatuhkan.



RTC, bagi mereka yang berusia antara 14 dengan 21 tahun, menghendaki pesalah muda ditahan dalam sekitaran berstruktur selama sekurang-kurangnya 18 bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >