Latihan percuma Google, UOB bantu SME lalui perubahan digital
Aug 06, 2019 | 05:30 AM
SERAMAI 400 pemimpin syarikat kecil dan sederhana (SME) akan dapat menyertai program latihan percuma oleh Google dan United Overseas Bank (UOB) menjelang akhir tahun depan.
Langkah itu antara usaha membantu perusahaan merebut peluang dalam ekonomi digital bukan sahaja di dalam malah di luar negara.