Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan berpandu di Eco-Link@BKE ditunda

Aug 11, 2017 | 05:30 AM



LAWATAN berpandu di jambatan hidupan liar dihentikan oleh Lembaga Taman Negara (NParks).



Satu notis di laman web NParks menunjukkan bahawa lawatan berpandu itu ditunda "sehingga notis selanjutnya" dan laman web itu akan dikemas kini jika ia dibuka semula.



Keputusan tidak meneruskan lawatan berpandu itu diambil bagi membataskan impak manusia ke atas jambatan yang merentasi Ekspreswe Bukit Timah (BKE) itu. Orang ramai tidak dibenarkan merentasi jambatan itu selain lawatan berpandu itu.



Pengarah kumpulan pemuliharaan NParks, Encik Wong Tuan Wah, memberitahu akhbar The Straits Times bahawa lembaga itu telah mengesan penggunaan jambatan itu oleh haiwan seperti tenggiling, tupai langsing dan pelbagai spesies burung dan ular.



"Agar tidak menjejas pergerakan haiwan dan untuk membolehkan lebih banyak haiwan menyesuaikan diri dan menggunakan jambatan itu, lawatan berpandu seterusnya tidak dijadualkan diadakan.



"Kami terus memantau pergerakan haiwan," katanya.



Eco-Link@BKE bernilai $16 juta yang menghubungkan Rizab Alam Semula Jadi Tengah dan Bukit Timah dibuka pada 2013. Kemasukan manusia ke jambatan ekologi itu terhad bagi membolehkan tumbuh-tumbuhan tumbuh dan membiarkan hidupan liar terbiasa dengan jambatan tanpa gangguan manusia sehingga November 2015 apabila NParks mengumumkan ia menganjurkan jalan berpandu.



Jalan yang dihadkan kepada 20 orang setiap lawatan bertujuan membantu orang ramai mempelajari pelbagai jenis haiwan yang menggunakan jambatan itu serta fakta menarik mengenai kedua-dua rizab alam semula jadi tersebut.



NParks mengendalikan lapan lawatan berpandu pada empat tarikh antara akhir 2015 dengan Januari 2016.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >