Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DIALOG SHANGRI-LA

Lawatan Kishida perkukuh hubungan amat baik S'pura, Jepun

Jun 10, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, memulakan lawatan rasmi dua hari ke sini mulai hari ini atas undangan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Lawatan itu merupakan yang pertama buat Encik Kishida sebagai perdana menteri negaranya.



Beliau dijangka turut hadir dan menyampaikan ucaptama di hari pertama Dialog Shangri-La (SLD) ke-19 hari ini.



Edisi SLD tahun ini, yang dianjurkan Institut Antarabangsa bagi Pengajian Strategik (IISS), akan menyaksikan kehadiran kira-kira 500 delegasi dari 42 negara.



Menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam, lawatan itu menandakan hubungan amat baik antara Singapura dengan Jepun dan diasaskan bersempena ulang tahun ke-55 hubungan diplomatik dua negara pada 2021.



Sebagai sebahagian acara lawatan itu, satu acara sambutan rasmi akan diadakan buat Encik Kishida di Istana esok.



Beliau kemudian dijadual bertemu Presiden Halimah Yacob selain mengadakan pertemuan dengan Encik Lee, yang akan turut menjadi tuan rumah bagi satu majlis makan tengah hari.



Selain itu, satu orkid hibrid baru juga akan dinamakan sempena nama Encik Kishida sebagai penghormatan kepadanya semasa lawatan ke Singapura.



Sebelum ini, Encik Lee telah mengadakan lawatan kerja ke Tokyo, Jepun, sekitar dua minggu lalu sempena Persidangan Antarabangsa mengenai Masa Depan Asia ke-27 anjuran Nikkei Inc.



Beliau telah menyampaikan ucapan di persidangan itu.



Semasa kunjungan itu, Encik Lee bertemu Encik Kishida dan pemimpin politik dan perniagaan lain di Jepun.



Semasa pertemuan mereka, dua pemimpin itu berikrar untuk bekerjasama bagi memelihara kestabilan dan keamanan serantau.



Encik Lee menarik perhatian bahawa hubungan Singapura dengan Jepun merupakan antara hubungan dua negara paling penting di Asia.



Mereka juga mengumumkan inisiatif Dialog Ekonomi Jepun-Singapura yang akan dipengerusikan di peringkat naib menteri atau setiausaha tetap untuk mempertingkat hubungan ekonomi dua hala.



Jepun merupakan rakan kerja perdagangan kelapan terbesar Singapura tahun lalu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >