Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Lawatan Lawrence ke Indo perkukuh hubungan dua hala

May 19, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, memulakan lawatan kerja empat harinya ke Indonesia kelmarin dengan mengadakan beberapa perbincangan bersama pemimpin kanan pemerintah berhubung usaha memperkukuh hubungan dua hala dan meneroka bidang kerjasama baru.



"Gembira rasanya dapat bertemu muka dengan beberapa orang menteri," ujar beliau menulis dalam laman Facebook.



Encik Wong disambut mesra oleh Menteri Pertahanan Indonesia, Encik Prabowo Subianto, di Kementerian Pertahanan, di mana kedua-dua pemimpin itu turut berbincang tentang hubungan rapat yang sudah lama terjalin antara pertubuhan pertahanan kedua-dua negara.



"Saya gembira hubungan pertahanan kita telah berkembang selama ini, termasuk semasa pandemik ini," kata Encik Wong.



Encik Prabowo berkata beliau berharap kerjasama dan persahabatan antara dua negara jiran itu dapat dikekalkan dengan semangat persaudaraan dan prinsip saling menghormati, dengan banyak kepentingan yang mereka kongsi bersama, menurut Kementerian Pertahanan Indonesia menerusi satu kenyataan.



"Indonesia menganggap Singapura sebagai negara yang mesra dan rakan kerja strategik yang penting, antara negara jiran paling terdekat yang penting bagi kepentingan nasional dan serantau Indonesia," kata Encik Prabowo.



Tambahnya, beliau juga optimistik bahawa kerjasama pertahanan akan terus diperkukuh dalam bidang pendidikan dan latihan seperti pertukaran pegawai staf dan komander khidmat serta latihan Safkar Indopura.



Encik Wong, yang juga pengerusi bersama Pasukan Bertindak Berbilang Kementerian (MTF) bagi Covid-19, turut bertemu dengan Menteri Kesihatan Indonesia, Encik Budi Gunadi Sadikin.



Mereka bertukar maklumat tentang perkembangan situasi Covid-19 dan usaha pemulihan di negara masing-masing serta idea untuk memperkukuh kerjasama dua hala dan antarabangsa.



Encik Wong turut bertemu dengan Menteri Perusahaan Milik Negara, Encik Erick Thohir, dan berbincang tentang kerjasama dua hala serta serantau dalam pelbagai sektor termasuk ekonomi, tenaga, makanan dan hubungan antara warga.



Encik Wong juga berbincang tentang peluang bagi kerjasama serantau dalam bidang kewangan hijau dan digital dengan Gabenor Bank Indonesia, Encik Perry Warjiyo.



Beliau juga dijadual melawat Taman Perindustrian Kendal di Jawa Tengah, di mana beliau akan bertemu dengan pemimpin perniagaan utama dan bertemu dengan syarikat pemula Singapura di Indonesia.



Beliau menarik perhatian bahawa Indonesia merupakan jiran rapat Singapura dan rakan kerja yang penting.



"Kami telah bekerjasama dengan satu sama lain selama bertahun-tahun, dengan kerjasama yang mendalam dan berbilang dalam bidang ekonomi, keselamatan dan hubungan antara warga.



"Tahun ini juga menandakan 55 tahun hubungan diplomatik antara negara kita!" ujar Encik Wong.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >