Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawatan Maliki perkukuh kerjasama pendidikan S’pura dengan Finland

Oct 06, 2023 | 03:41 PM



Lawatan ke Kolej Vokasional Live di Helsinki, Finland, yang pelajarnya, yang mempunyai spektrum kebolehan berbeza, dididik bagi menyediakan mereka untuk kehidupan selepas sekolah, adalah satu pengalaman yang memperkayakan, kata Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman.

Demikian rumusan Dr Maliki, yang mengetuai satu delegasi Kementerian Pendidikan (MOE) melawat Finland dan Denmark dari 4 hingga 10 Oktober.

Semasa lawatan ke Kolej Vokasional Live, Dr Maliki, yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), disambut pengetuanya, Encik Antti Aavikko, dan ketua pegawai eksekutifnya, Cik Marja Pajulathi.

“Sambutan mesra dan wawasan mereka sangat luar biasa. Kami berbincang bagaimana Kolej Vokasional Live memperkasa pelajar berkeperluan khas dengan kemahiran yang berharga untuk kerjaya mereka,” kata Dr Maliki dalam satu catatan Facebook pada Khamis.

Lawatan ke sekolah itu sebahagian daripada usaha mengukuhkan hubungan dua hala dan menggalak kerjasama dalam bidang pendidikan antara Singapura dan Finland.

Pada Khamis, Dr Maliki turut menganjurkan majlis resepsi bersama Setiausaha Pemerintah Finland, Encik Lauri Tierala, untuk memperingati ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik antara Singapura dan Finland.

“Ini menggariskan persahabatan hebat antara negara kita... Kita perlu belajar daripada satu sama lain dan bekerjasama dengan baik dalam pendekatan kita terhadap pendidikan, kemampanan, dan penyelesaian iklim,” kata Dr Maliki dalam satu catatan Instagram pada Jumaat.

Dalam lawatannya, Dr Maliki diiringi Duta Singapura Tidak Bermastautin ke Finland, Profesor Cheong Koon Hean, dan satu delegasi Institut Pendidikan Teknikal (ITE) yang diketuai Pengerusi ITE, Encik Andrew Chong.

Antara matlamat lain lawatan itu ialah menunjuk sokongan bagi perkongsian ITE dan institut Finland dan Denmark.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >