Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hari Keharmonian Kaum

Lawatan menteri pererat hubungan murid dari etnik berbeza

Jul 21, 2023 | 04:46 PM



Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, telah membincangkan tentang menerapkan pemahaman dan mengatasi stereotaip berlainan kaum dalam kalangan pelajar semasa lawatannya ke Sekolah Rendah Corporation pada Jumaat.

Kunjungan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pendidikan Negara untuk memperingati Hari Keharmonian Kaum setiap tahun pada 21 Julai.

Kegiatan seperti ini dijalankan untuk mengeratkan hubungan antara pelajar daripada latar belakang etnik berbeza dengan memupuk semangat harmoni dalam kalangan masyarakat pelajar.

Menurut kenyataan Kementerian Pendidikan (MOE), langkah seperti ini bertujuan menggalakkan kesedaran mengenai pentingnya keharmonian kaum dengan menghormati dan memahami kepelbagaian budaya serta perpaduan sosial.

Ketika berada di Sekolah Rendah Corporation, di Jurong West itu, Encik Chan turut menyertai murid Darjah 6 dalam kelas Pendidikan Perwatakan dan Kewarganegaraan (CCE) di mana mereka membincangkan tentang stereotaip kaum.

Sesi tersebut turut merangkumi bagaimana murid boleh bertindak balas terhadap pelbagai senario berbeza berkaitan stereotaip kaum.

Turut diadakan sesi berbual mesra di mana murid diberi peluang bertanya soalan berkaitan keharmonian kaum.

Sesi itu memberi ruang kepada murid mendalami pemahaman tentang pentingnya kepelbagaian budaya dalam masyarakat dan cara menangani stereotaip yang mungkin timbul dalam kalangan mereka.

Semasa waktu rehat, Encik Chan turut menyertai kegiatan yang menyaksikan beliau terlibat dalam sesi mempelajari tentang bahan-bahan biasa digunakan dalam hidangan tradisional.

Selain itu, Encik Chan turut bermain permainan tradisional yang popular seperti capteh. Kegiatan tersebut memberi peluang untuk mengekalkan dan memahami nilai budaya tradisional yang diwarisi dari generasi ke generasi.

Turut menyertai kegiatan Hari Keharmonian Kaum ialah Dr Mohamad Maliki Osman, Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar) di Sekolah Menengah Ngee Ann di Tampines Street 32.

Semasa kunjungan beliau, Dr Maliki menyertai perbincangan bersama pelajar mengenai perbezaan kumpulan etnik dalam merayakan kelahiran bayi.

Selain itu, beliau turut membincangkan tentang penggunaan kata-kata perkauman bersahaja atau ‘casual racism’ yang sering digunakan pada masa kini.

Perbincangan tersebut dijalankan dengan tujuan meningkatkan kesedaran dalam kalangan pelajar tentang pentingnya menghormati kepelbagaian budaya dan etnik di negara ini.

Dr Maliki turut memberi penekanan bahawa setiap individu perlu memahami implikasi kata-kata yang digunakan dan bagaimana ia boleh memberi kesan kepada perasaan dan pemikiran orang lain.

Selain itu, Dr Maliki berkesempatan menyertai pelajar dalam membuat kalungan bunga secara tradisional yang digunakan dalam perkahwinan Hindu. Beliau turut mempelajari tentang kepentingan adat istiadat perkahwinan masyarakat yang berbeza.

Kegiatan itu bertujuan meningkatkan kesedaran, memperdalam pemahaman pelajar, meraikan budaya yang kaya dengan warisan, serta menggalakkan rasa hormat terhadap budaya dan kepercayaan etnik berbeza.

Dengan melibatkan diri dalam kegiatan budaya ini, diharapkan pelajar dapat lebih menghargai kepelbagaian budaya yang ada dalam masyarakat.

Ia juga memberi peluang kepada pelajar untuk memahami betapa pentingnya menghormati dan menghargai warisan budaya yang telah diwarisi dari generasi ke generasi.

Ini akan membantu membina sebuah masyarakat yang lebih harmoni, saling menghormati dan memupuk semangat kebersamaan dalam kalangan rakyat Singapura yang berbilang etnik.

Menteri Negara Pendidikan dan Tenaga Manusia, Cik Gan Siow Huang, turut menyertai pelajar di Sekolah Menengah Yishun Town yang terletak di Yishun Street 21.

Semasa kunjungannya, Cik Gan bersama beberapa pelajar Menengah 2, berbincang tentang kepentingan di sebalik memakai pakaian etnik dan bagaimana seseorang harus peka dan mempunyai rasa hormat apabila memakainya.

Dalam sesi perbincangan tersebut, Cik Gan turut membincangkan isu perkauman bersahaja dan mendengar pendapat serta pandangan pelajar tentang hal tersebut.


Kunjungan dan perbincangan itu bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar tentang kekayaan budaya yang ada dalam masyarakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >