Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: Forward Singapore perkukuh kompak sosial

Aug 28, 2022 | 07:58 PM



SEDANG geopolitik dan aturan dunia berubah dengan ketegangan di rantau ini, Forward Singapore diadakan bagi menyegarkan dan memperkukuh kompak sosial agar menjadikan masyarakat lebih bersatu dan kukuh, kata Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.


Forward Singapore merupakan usaha kolektif Encik Wong dan pasukan 4G, untuk bekerja sama dengan rakyat Singapura bagi menyemak dan menyegarkan kompak sosial Singapura, serta melakarkan peta laluan bagi dekad mendatang dan selanjutnya.


“Ia adalah penting untuk kita bersatu sebagai sebuah negara dan mengukuhkan semangat perpaduan kerana kita semua tahu bahawa kita sedang menuju ke dunia yang sangat berbeza.



"Dalam masa terdekat, perang Ukraine telah menyumbang kepada prospek ekonomi yang tidak menentu serta kenaikan harga di seluruh dunia, terutamanya untuk bekalan tenaga dan makanan.



"Ini memberi kesan kepada negara di seluruh dunia, termasuk Singapura,’’ kata Encik Wong, ketika berucap di majlis makan malam Majlis Perwakilan Tamil pada Sabtu malam (27 Ogos).


Beliau menambah, pemerintah sedar dengan keprihatinan rakyat Singapura dan oleh itu, ia sedang memantau keadaan dengan teliti.


Malah, ia sudah pun memberikan beberapa pusingan bantuan bagi rakyat Singapura menghadapi kenaikan harga, dan bersedia untuk melakukan lebih banyak lagi pada bulan-bulan mendatang.


Menyentuh mengenai Forward Singapore, Encik Wong berkata ia melibatkan rakyat Singapura merentasi semua lapisan masyarakat bagi mendapatkan idea dan maklum balas tentang apa lagi yang boleh dilakukan.


“Kami berhasrat membina Singapura di mana ada peluang yang luas untuk semua orang tanpa mengira latar belakang, bahasa atau agama.


"Sebuah Singapura di mana semua orang tahu bahawa mereka tidak akan dibiarkan hidup sendiri dan di mana setiap rakyat boleh berkongsi kemajuan negara,’’ kata Encik Wong.


Beliau menambah apa yang berlaku di Eropah boleh berlaku di Asia.

Dengan ketegangan Amerika Syarikat dan China, beliau menyatakan ketegangan yang bertambah boleh berlaku di rantau ini.


“Oleh itu, kita harus bersiap sedia dengan sekitaran yang amat berbeza,’’ tambahnya. 

Namun, di sebalik ketidaktentuan itu, beliau menyatakan rakyat tidak harus terlalu pesimistik.





Setelah mengharungi pandemik Covid-19, beliau menyatakan bahawa rakyat Singapura boleh mengharungi cabaran lain selagi mereka bersatu.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >