Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence galak kakitangan sekolah dapatkan vaksin Covid-19

Mar 14, 2021 | 05:30 AM



MENTERI Pendidikan Lawrence Wong menggalak para guru, pengetua dan kakitangan lain dalam sekolah untuk mendapatkan vaksin, sambil menyatakan bahawa ia adalah cara terbaik bagi mereka untuk melindungi diri mereka dan pelajar mereka daripada Covid-19.



Demikian menurutnya sewaktu majlis sambutan ulang tahun ke-65 Sekolah Tinggi Anglican semalam, tiga hari setelah program vaksinasi nasional diluaskan kepada lebih daripada 150,000 orang yang bekerja di institusi pendidikan.



Usaha vaksinasi itu, yang bermula dengan warga emas, telah dipercepat setelah lebih banyak bekalan vaksin tiba di Singapura, dan juga telah diperluas kepada lebih ramai golongan berisiko tinggi dan pekerja penting, termasuk guru.



Menyentuh mengenai usaha menggalak lebih ramai guru menjalani suntikan itu, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata rancangannya adalah untuk memberi vaksin kepada mereka yang mempunyai kontak berpanjangan bersama kanak-kanak dan anak muda kerana vaksin belum lagi disahkan bagi mereka di bawah usia 16 tahun.



Sebagai permulaan, mereka yang bekerja di prasekolah, sekolah nasional, Institut Pendidikan Teknikal (ITE), dan politeknik akan dapat mendaftar bagi suntikan mereka.



Sekitar 90 peratus guru dan kakitangan di Sekolah Tinggi Anglican telah membuat temu janji sejauh ini, kata pengetuanya Encik Khoo Tse Horng, 54 tahun, yang sedang menunggu tarikh vaksinasinya tidak lama lagi, lapor akhbar The Straits Times (ST).



"Kakitangan kami amat gembira untuk melakukannya demi melindungi diri kami, keluarga kami dan juga pelajar kami, memandangkan mereka terlalu muda dan belum boleh mendapat vaksin," katanya.



Majlis sambutan ulang tahun sekolah itu berskala lebih kecil disebabkan pandemik Covid-19, dengan seramai kira-kira 120 pelajar, kakitangan dan alumni, serta tetamu khas, yang melawat kampusnya di Upper Changi Road sepanjang semalam untuk menyumbang kepada montaj yang diperbuat daripada pelitup guna semula yang dikitar semula.



Sejak beberapa bulan lalu, kira-kira 1,500 pelitup pelbagai jenis dicuci dan kemudian dihias oleh pelajar, yang menulis harapan mereka buat sekolah tersebut.



Ketua jabatan bagi pendidikan kewarganegaraan dan perilaku sekolah itu Encik Yeow Yong Keng, 43 tahun, yang juga merupakan bekas pelajar sekolah itu berkata:



"Memakai pelitup telah menjadi salah satu perubahan terbesar buat kami semua sejak Covid melanda. Montaj ini menunjukkan bagaimana kami semua telah mengalami ini bersama dan saling membantu sebagai satu masyarakat."




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >