Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence lawat Indonesia; temui menteri, pemimpin niaga di sana

May 17, 2022 | 05:30 AM



MENTERI Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan melawat ke Jakarta dan Jawa Tengah di Indonesia mulai hari ini hingga Jumaat ini.



Dalam lawatannya, beliau dijadual bertemu dengan beberapa menteri dan pemimpin wilayah, kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan semalam.



Encik Wong juga akan melawat Taman Perindustrian Kendal di Jawa Tengah dan bertemu pemimpin perniagaan utama.



Beliau juga akan berhubung dengan syarikat permulaan Singapura di Indonesia.



Beliau akan diiringi oleh pegawai dari MOF.



Pada 16 April lalu, beliau telah ke Amerika Syarikat dan berada di sana sehingga 25 April bagi menghadiri beberapa mesyuarat utama antarabangsa.



Beliau telah bertemu dengan anggota Pentadbiran Amerika dan menyertai Mesyuarat Musim Bunga Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia, serta Mesyuarat Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Pusat (FMCBG) kedua, dengan Indonesia sebagai Presiden Kumpulan 20 Negara (G20) bagi 2022.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >