Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence: S'pura akan terus main peranan perang pengubahan wang

Apr 24, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA akan terus memainkan peranannya dalam perjuangan sejagat memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan bersama anggota Pasukan Petugas Tindakan Kewangan (FATF), kata Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong.



Beliau menghadiri Mesyuarat Menteri FATF, sebuah badan pemerhati pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan sejagat di Washington Khamis lalu.



Encik Wong, yang sedang melakukan lawatan ke Amerika Syarikat dari 16 April hingga esok, berkata dalam satu catatan Facebook semalam bahawa beliau juga bertemu pemimpin seperti presiden FATF, Dr Marcus Pleyer; Timbalan Perdana merangkap Menteri Kewangan Canada, Cik Chrystia Freeland; dan Canselor Perbendaharaan Britain, Encik Rishi Sunak.



Encik Wong menghadiri mesyuarat peringkat menteri itu bersama Encik T. Raja Kumar, yang berkhidmat sebagai Penasihat Kanan (Antarabangsa) di Kementerian Ehwal Dalam Negeri sejak 2015, dan merupakan ketua delegasi Singapura ke FATF sekarang.



Encik Raja, 60 tahun, akan menyandang jawatan presiden FATF pada 1 Julai buat tempoh dua tahun tetap.



Singapura menjadi anggota pasukan petugas itu sejak 1992, dan ini kali pertama negara ini mengambil alih jawatan presiden.



Encik Raja juga menjadi ahli Kumpulan Pemandu, yang memberi nasihat kepada presiden FATF, sejak Julai 2018.



Beliau berkhidmat sebagai pengerusi bersama Jawatankuasa Antara Agensi Nasional mengenai Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Memerangi Pembiayaan Pengganasan sejak Januari 2015, dan memacu usaha Singapura memenuhi piawaian FATF.



Encik Wong menulis di Facebook: "Bersama anggota FATF, Singapura akan terus memainkan peranan kami dalam perjuangan sejagat memerangi pengubahan wang haram dan pembiayaan pengganasan."



FATF adalah badan antara pemerintah yang ditubuhkan pada 1989, yang menetapkan piawaian antarabangsa untuk mencegah dan memerangi pengubahan wang haram, pengganasan dan pembiayaan terlarang lain.



Piawaian itu bertujuan membantu pemerintah menangani hasil daripada transaksi dadah haram, pemerdagangan manusia dan jenayah lain.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >