Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lawrence temui pemimpin utama Indonesia teguhkan lagi hubungan baik

May 20, 2022 | 05:30 AM



JAKARTA: Menteri Kewangan Singapura, Encik Lawrence Wong, kelmarin bertemu beberapa pemimpin utama Indonesia untuk meneguhkan lagi hubungan baik antara dua negara dan meneroka bidang pertumbuhan baru sedang rantau itu pulih daripada pandemik Covid-19.



Beliau telah mengadakan perbincangan dengan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Ekonomi, Encik Airlangga Hartarto; Menteri Penyelaras Maritim dan Hal Ehwal Pelaburan, Encik Luhut Pandjaitan; Menteri Pelancongan dan Ekonomi Kreatif, Encik Sandiaga Uno, dan Gabenor Jawa Tengah, Encik Ganjar Pranowo.



Dalam satu catatan Facebook, Encik Wong, yang juga ketua pasukan generasi keempat (4G), berkata Singapura dan Indonesia telah mengekalkan hubungan rapat sepanjang krisis Covid-19.



"Kami terus bekerjasama, mengukuhkan kerjasama dalam ekonomi dan tindak balas wabak.



"Itulah sebahagian sebabnya mengapa negara kita berada dalam kedudukan lebih kukuh daripada sebelumnya, kerana kita sama-sama membuka semula (kegiatan) dan bangkit daripada wabak itu," katanya, lapor The Straits Times.



Encik Wong berkata beliau telah membincangkan mengenai peluang meningkatkan kerjasama, termasuk mengenai perubahan iklim dan kemampanan, dalam pertemuannya dengan Encik Luhut.



Beliau juga berbincang dengan Encik Airlangga mengenai cara memajukan kerjasama ekonomi, termasuk di Taman Perindustrian Kendal serta Batam, Bintan dan Karimun, yang merupakan sebahagian Kepulauan Riau, wilayah paling dekat dengan Singapura.



Secara berasingan, Encik Airlangga menulis di Facebook bahawa beliau berharap nilai perdagangan dan pelaburan dua hala dapat ditingkatkan dengan wabak Covid-19 kian terkawal di Indonesia.



"Tidak dinafikan Indonesia dan Singapura adalah kunci kepada pertumbuhan ekonomi di rantau Asean," katanya.



Mereka juga membincangkan pembinaan sebuah pelabuhan di Kendal, Jawa Tengah, tambah Encik Airlangga.



Sementara itu, Encik Wong dan Encik Sandiaga berbincang mengenai peluang memperdalam kerjasama, sambil amat berminat untuk bekerjasama dalam bidang baru seperti pelancongan mampan dan industri kreatif.



Encik Wong kemudian pergi ke Semarang di Jawa Tengah, di mana beliau bertemu Encik Ganjar.



Mereka antara lain membincangkan isu pembangunan modal insan dan prasarana serta penciptaan pekerjaan, kata Encik Wong.



Encik Ganjar berkata terdapat skop bagi kerjasama selanjutnya, termasuk mengenai pelabuhan yang bakal dibina, serta pembinaan kapasiti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >