Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LBKM mahu pastikan sumbangan dermasiswa seiiring kos pendidikan

Kuantum ditingkat agar kekal relevan dengan kepeluan pelajar
Dec 17, 2022 | 05:30 AM



SEBAGAI institusi dermasiswa yang utama dalam masyarakat Melayu/Islam setempat, Lembaga Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) ingin memastikan bahawa dermasiswa yang ditawarkannya mampu menyokong pelajar yang memerlukan dengan baik, sejajar dengan kos pendidikan mereka.



Oleh itu, Presiden LBKM, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, berkata badan itu telah menaikkan jumlah wang tunai yang diberikan atau kuantum dermasiswa mereka tahun ini antara lain kerana mereka mahu pelajar tahu bahawa LBKM menilai tinggi aspirasi pendidikan mereka dan akan berusaha kekal relevan dengan keperluan mereka sekarang dan pada masa akan datang.



"Dengan menaikkan kuantum ini, kami berharap dermasiswa kami dapat meringankan sekurang-kurangnya sebahagian daripada beban kewangan pelajar kita dan keluarga mereka.



"Khususnya bagi pelajar yang mempunyai keupayaan dan potensi untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam pengajian mereka, kami tidak mahu cabaran kewangan menjadi sebab mereka berhenti belajar dan mempertingkat diri.



"Pendidikan lebih tinggi memberi peluang kepada pelajar dan keluarga mereka menikmati kehidupan lebih baik bagi diri mereka dan bagi generasi akan datang," ujar Dr Syed Harun.



Tambahnya, LBKM juga berharap pelajar sedar bahawa masyarakat sentiasa menyokong mereka dalam perjalanan pendidikan ini.



Selain melanjutkan pengajian di peringkat tinggi, Dr Syed Harun berkata mereka juga menggalak pelajar beraspirasi menjadi individu yang memiliki nilai dan perwatakan baik serta menyumbang semula kepada masyarakat selepas mengecapi kejayaan.



Tahun ini, kuantum dermasiswa LBKM bagi semua pelajar universiti dinaikkan antara $100 dengan $1,000, dengan kenaikan paling besar bagi pelajar di peringkat possiswazah yang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti setempat - naik 50 peratus, atau $1,000, daripada $2,000 kepada $3,000 - serta bagi pelajar di peringkat sarjana muda yang mengikuti pengajian sepenuh masa di universiti setempat - naik hampir 40 peratus, atau $700, daripada $1,800 kepada $2,500.



Selain menaikkan kuantum dermasiswa bagi pelajar universiti, Dr Syed Harun berkata tiada semakan kuantum dermasiswa lain yang dirancang buat masa ini.



"Kami sedang mengkaji trend kos pendidikan, khususnya di peringkat diploma dan universiti.



"LBKM menyampaikan anugerah kepada lebih 1,000 pelajar setiap tahun dan bagi setiap kenaikan kuantum, daya ketahanannya merupakan pertimbangan utama buat kami," ujarnya.



Tahun ini, LBKM telah menyokong hampir 1,400 pelajar dari peringkat sekolah rendah ke possiswazah dengan dermasiswa berjumlah $1,553,860 secara keseluruhan.



Dr Syed Harun berkata sokongan berterusan, sifat dermawan serta sumbangan daripada orang awam dan penderma telah membolehkan LBKM menampung kenaikan kuantum dermasiswanya tahun ini.



Tambahnya, beliau juga menjangkakan bahawa langkah itu akan menambah tekanan pada sumber kewangan badan itu namun beliau yakin penderma akan terus menyokong tujuan baik itu, lebih-lebih lagi tujuan yang penting dan asas seperti pendidikan.



"Kami berharap lebih ramai penderma akan tampil menyokong matlamat teras LBKM untuk mempertingkat masyarakat menerusi pendidikan," ujar beliau.




"Dengan menaikkan kuantum ini, kami berharap dermasiswa kami dapat meringankan sekurang-kurangnya sebahagian daripada beban kewangan pelajar kita dan keluarga mereka.
Khususnya bagi pelajar yang mempunyai keupayaan dan potensi untuk mencapai tahap lebih tinggi dalam pengajian mereka, kami tidak mahu cabaran kewangan menjadi sebab mereka berhenti belajar dan mempertingkat diri.
Pendidikan lebih tinggi memberi peluang kepada pelajar dan keluarga mereka menikmati kehidupan lebih baik bagi diri mereka dan bagi generasi akan datang,"
- Presiden LBKM, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi.




SEMAKAN KUANTUM DERMASISWA



LBKM telah menyampaikan dermasiswa berjumlah $1,217,040 kepada 550 pelajar daripada pelbagai jurusan pengajian di peringkat sarjana muda dan possiswazah baru-baru ini.



Pelajar itu mengikuti pengajian sepenuh masa dan sambilan di universiti setempat dan luar negara.



Berikut semakan kuantum dermasis yang dibuat:



SEPENUH MASA:



◆ Peringkat sarjana muda (Setempat)

Naik 38.9 peratus, atau $700, daripada $1,800 kepada $2,500



◆ Peringkat sarjana muda (Luar Negara)

Naik 13.6 peratus, atau $300, daripada $2,200 kepada $2,500



◆ Peringkat possiswazah (Setempat)

Naik 50 peratus, atau $1,000, daripada $2,000 kepada $3,000



◆ Peringkat possiswazah (Luar Negara)

Naik 7.1 peratus, atau $200, daripada $2,800 kepada $3,000



SAMBILAN:



◆ Peringkat sarjana muda (Setempat)

Naik 8.3 peratus, atau $100, daripada $1,200 kepada $1,300



◆ Peringkat possiswazah (Setempat)

Naik 6.7 peratus, atau $100, daripada $1,500 kepada $1,600




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >