Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

LBKM semak dana bantu pelajar; ambil kira kos, inflasi meningkat

Oct 17, 2022 | 05:30 AM



LEMBAGA Biasiswa Kenangan Maulud (LBKM) sedang menyemak jumlah di bawah skim bantuan kewangannya untuk pelajar memandangkan kos pendidikan dan inflasi yang meningkat.



Presiden LBKM, Dr Syed Harun Taha Alhabsyi, berkata badan itu sedang mengkaji langkah tersebut untuk memastikan dermasiswa dan biasiswanya kekal relevan bagi pelajar.



"Kami sedang mengkajinya kerana kos pendidikan dan inflasi telah meningkat dalam beberapa tahun lalu, dan kami ingin memastikan nilai dermasiswa dan biasiswa kami sejajar dengan perkembangan itu, dengan harapan kami dapat hulur bantuan kepada pelajar dengan berkesan," ujar Dr Syed Harun.



Beliau, yang mengambil alih jawatan Presiden LBKM daripada Encik Suhaimi Salleh pada Jun lalu, berkongsi mengenai rancangan badan amal itu dalam satu wawancara dengan Berita Harian (BH) baru-baru ini.



Katanya lagi, LBKM akan mengongsi butiran mengenai semakan itu apabila ia siap nanti.



Tahun lalu, LBKM membantu lebih 1,700 pelajar dengan nilai bantuan lebih $2.03 juta. Jumlahnya meningkat dari tahun ke tahun dengan sokongan masyarakat yang kukuh, kata Dr Syed Harun.



Lebih $31 juta telah diagihkan kepada lebih 30,000 pelajar dalam tempoh lebih lima dekad sejak badan itu ditubuhkan pada 1965.



Dermasiswa LBKM kini bernilai $300 bagi pelajar menengah dan mencapai $2,800 bagi pelajar Falsafah Kedoktoran di luar negara.



Biasiswanya pula bernilai $5,000 di peringkat mahasiswa dan mencecah $15,000 bagi possiswazah.



LBKM juga sedang melihat apakah bantuan yang boleh diperkukuh lagi, mengambil kira trend seperti pembelajaran di rumah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >