Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 hadiri pengebumian pasangan korban nahas Indo

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



PASANGAN pengantin baru yang meninggal dunia selepas terlibat dalam nahas jalan raya di Jawa Timur, Indonesia, awal minggu ini telah selamat dikebumikan di sini semalam.



Jenazah Firdaus Harun Rashid, 31 tahun, seorang warga Singapura, dan isterinya Amal Sheikh Al Aidros Al Haddad, yang berasal dari Yaman, tiba di Singapura sekitar tengah hari dan dibawa ke Masjid Pusara Aman untuk solat jenazah, sebelum dikebumikan.



Semasa Berita Harian (BH) berada di sana semalam, lebih 100 orang dilihat menanti ketibaan jenazah dalam keadaan cuaca mendung diikuti dengan hujan lebat.



Dalam kemalangan jalan raya yang berlaku di Jawa Timur pada tengah malam Isnin lalu, pasangan itu baru sahaja menziarahi makam seorang ulama Indonesia, Habib Solih bin Muhsin al-Hamid, atau dikenali sebagai Habib Solih Tanggul.



Allahyarham Firdaus dan Allahyarhamha Amal baru mendirikan rumah tangga beberapa bulan lalu.



LAPORAN SELANJUTNYA: Rakan kenang permintaan doa dari mangsa sebelum kemalangan berlaku




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >