Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 100 kerja sektor hijau dikenal pasti Jawatankuasa Kemahiran Hijau

Nov 15, 2023 | 05:55 PM



Sebanyak 105 peranan kerja utama, termasuk pekerjaan dalam bidang seperti reka bentuk sistem suria, reka bentuk sistem penyimpanan tenaga (ESS), penilaian prakebolehlaksanaan dan kebolehlaksanaan import elektrik serta penciptaan sofwe bagi grid pintar, dikenal pasti akan mendapat permintaan menjelang 2026.

Saiz pekerjaan bagi peranan ini diunjurkan meningkat antara 1.6 hingga 5 kali ganda merentas subsektor tersebut.

Hal ini dikongsi semasa Jawatankuasa Kemahiran Hijau (GSC) mengadakan mesyuarat pertama mereka pada Rabu untuk membincangkan pembangunan kemahiran selaras dengan keperluan industri sedang mereka melalui transformasi demi memenuhi keperluan ekonomi mampan dan rendah karbon.

Mesyuarat itu dipengerusikan Setiausaha Tetap (Pembangunan) Kementerian Perdagangan dan Perusahaan (MTI), Dr Beh Swan Hin, dan Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Sembcorp Industries’ Group, Encik Wong Kim Yin.

Selain kemahiran khusus sektor, GSC bersetuju bahawa pekerja merentasi semua sektor perlu dilengkapi dengan pengetahuan luas tentang kemampanan sedang industri berkembang dalam peralihan ke arah ekonomi rendah karbon dan lebih hijau.

Anggota GSC juga menekankan keperluan untuk pemerintah terus bekerjasama dengan kesatuan sekerja, syarikat dan penyedia latihan untuk memastikan tenaga kerja di sini kekal relevan dan bersedia untuk mengejar peluang baru yang timbul daripada peralihan hijau.

“GSC membawa bersama pemain industri, penyedia latihan dan rakan kongsi lain daripada pelbagai latar belakang untuk memastikan latihan bagi kemahiran hijau mampu seiring dengan permintaan.

“Ini adalah usaha penting dan kami berharap untuk menyokong syarikat dan pekerja dengan lebih baik dalam membangunkan kemahiran yang diperlukan untuk mengambil peluang pekerjaan baru yang akan mengiringi peralihan kita ke ekonomi rendah karbon yang mampan,” kata Dr Beh.

Encik Wong pula menambah bahawa peralihan global kepada ekonomi lebih hijau sedang mengubah perniagaan.

“Perniagaan akan memerlukan tenaga kerja dengan set kemahiran untuk menyokong peralihan hijau dan mengejar peluang pertumbuhan hijau. GSC ialah usaha kami untuk memetakan kemahiran yang diperlukan dalam tenaga kerja untuk berkembang maju dalam peralihan ini,” kata beliau.

Pertubuhan GSC kali pertama diumumkan Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, pada Perbahasan Jawatankuasa Perbekalan 2023.

Dua subkumpulan kerja telah dibentuk di bawah GSC untuk memberi tumpuan pada bidang yang memerlukan kemahiran hijau yang sedang dan akan mendapat permintaan tinggi dalam jangka masa terdekat.

Dua kumpulan itu akan menumpukan perhatian pada bidang Kuasa dan Pelaporan dan Jaminan Kemampanan.

Mereka akan menyelia pembangunan kemahiran dan latihan yang diperlukan untuk menyokong subsektor tenaga bersih suria, ESS, import elektrik dan grid pintar; serta melihat kemahiran dan latihan yang diperlukan bagi syarikat menyediakan laporan iklim dan kemampanan menggunakan piawaian antarabangsa.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >