Lebih 100 pelbagai agama hadiri acara buka puasa
Jun 04, 2019 | 05:30 AM
LEBIH 100 anggota pelbagai agama telah menyertai majlis berbuka puasa antara agama di Saumaah Maghain Aboth dekat Waterloo Street, semalam.
Dianjurkan bersama oleh Pertubuhan Antara Agma, Lembaga Kebajikan Yahudi (JWB) dan Roses of Peace, majlis berbuka puasa itu bertujuan mengukuhkan lagi hubungan masyarakat berbilang agama di Singapura.