Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 10,000 paket bubur diagih setiap hari oleh masjid di sini dalam Ramadan

Apr 03, 2023 | 05:30 AM



LEBIH 10,000 paket bubur diagih setiap hari oleh masjid-masjid sekitar Singapura dalam Ramadan tahun ini.



Jumlah tersebut biasanya meningkat lebih tinggi pada Jumaat, yang menyaksikan pihak masjid menambah bekalan bubur untuk jemaah yang datang bagi menunaikan solat Jumaat.



Demikian menurut tinjauan Berita Harian ke atas sekitar 54 masjid yang mengagihkan bubur sepanjang Ramadan tahun ini.



Secara keseluruhan, lebih 400 kilogram beras digunakan setiap hari dalam menyediakan bubur di masjid, sama ada yang menggunakan tenaga sukarelawan untuk menyediakan bubur atau mengambil khidmat tukang masak atau vendor luar.



Masjid Khalid, yang menyediakan antara 700 hingga 1,500 paket bubur setiap hari - termasuk untuk jemaah yang berbuka puasa di masjid - menggunakan lebih 60 kilogram beras setiap hari, menurut pengerusinya, Encik Allaudin Mohamad.



Masjid yang terletak di Joo Chiat Road itu mengupah tukang masak bagi menyediakan bubur berdasarkan resipi tradisi Encik Allaudin sendiri.



"Memang sambutan tahun ini cukup menggalakkan berbanding tahun lalu, dan kami gembira melihat ramai yang datang untuk mengambil bubur," katanya sambil menambah beliau perlu mengehadkan bilangan bubur yang diambil kepada seorang satu paket.



Masjid Al-Falah yang terletak di Orchard Road menyediakan sebanyak 400 paket bubur setiap hari untuk diagihkan selepas asar.



Menurut Eksekutif Program, Masjid Al-Falah, Ustaz Muhammad Shahrum Sahid, ia bertujuan menghidupkan lagi suasana masjid semasa Ramadan.



"Ada jemaah yang mungkin kurang kemampuan, jadi mereka dapat bawa balik untuk hidangan iftar mereka nanti.



"Kami mahu hidupkan suasana Ramadan, di mana jemaah berkumpul di masjid dan selepas beribadah, mereka bawa balik bubur itu.



"Jadi ini untuk memeriahkan lagi masjid semasa Ramadan," ujarnya.



Selain untuk membantu golongan yang lebih memerlukan, inisiatif itu juga bertujuan menghargai jasa pekerja asing yang menyumbang kepada pembangunan negara, kata setiausaha lembaga pengurusan Masjid Al-Firdaus, Encik Sobri Omar.



Menurutnya, pengagihan bubur di masjid yang terletak di Choa Chu Kang Road itu lebih tertumpu kepada usaha membantu pekerja asing yang ingin berbuka puasa meskipun ia dibuka kepada semua golongan.



Katanya: "Kebanyakan usaha semasa Ramadan dan pengagihan makanan terutamanya disediakan untuk golongan pekerja asing, lebih-lebih lagi apabila mereka pulang dari kerja pada sebelah petang dan tidak sempat masak.



"Mereka berada di Singapura untuk membantu membangunkan negara kita, oleh itu, kami mahu menyumbang kembali kepada mereka."



Selain di masjid sekitar Singapura, badan-badan masyarakat juga turut sama berusaha menambah keceriaan Ramadan dengan menganjurkan pengagihan bubur.



Ini termasuk di bandar-bandar M³ dan juga melalui badan-badan amal seperti SmileSalamSG.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >