Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Lebih $1.1j dibelanja calon Pilihan Raya Presiden 2023

Oct 20, 2023 | 04:20 PM



Lebih $1.1 juta telah dibelanjakan oleh tiga calon Pilihan Raya Presiden 2023 semasa kempen sembilan hari mereka, dengan sebahagian besar kos itu digunakan untuk pengiklanan.

Presiden Tharman Shanmugaratnam, yang memenangi pilihan raya pada 1 September lalu dengan 70.4 peratus undi, mencatat jumlah perbelanjaan tertinggi sebanyak $738,717, dengan hampir dua pertiga atau $481,226, digunakan untuk iklan bukan dalam talian, termasuk poster, risalah dan sepanduk.

Beliau berbelanja $141,865 untuk iklan dalam talian.

Sebaliknya, mantan ketua pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song, yang memberi tumpuan kepada kempen dalam talian dan media sosial, membelanjakan $280,800 untuk iklan dalam talian dan $1,059 untuk iklan bukan dalam talian. Beliau membelanjakan $312,131 kesemuanya.

Calon ketiga, mantan ketua NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, membelanjakan sejumlah $71,366, dengan $69,478 untuk iklan bukan dalam talian dan $20 untuk iklan dalam talian, lapor The Straits Times.


Butiran itu disediakan pada Jumaat dalam penyata perbelanjaan calon tersebut, yang boleh didapatkan secara dalam talian di laman Jabatan Pilihan Raya (ELD).

Ini kali pertama selepas pilihan raya yang membolehkan mereka yang berminat meneliti dokumen perbelanjaan calon untuk berbuat demikian menerusi dalam talian tanpa bayaran.

Sebelum ini, bagi Pilihan Raya Umum 2020, mereka yang ingin meneliti dokumen perbelanjaan calon, hanya boleh berbuat demikian secara peribadi dan perlu membayar $2 kepada jabatan itu untuk meneliti setiap penyata calon.

Penyata perbelanjaan calon itu boleh diteliti selama enam bulan hingga 19 April 2024.

Setiap calon perlu mengehadkan perbelanjaan pilihan raya kepada maksimum $812,822.10.

Ini berdasarkan had perbelanjaan maksimum dalam Akta Pilihan Raya Presiden, iaitu $600,000 atau 30 sen bagi setiap pengundi berdaftar, yang mana lebih tinggi.

Sebahagian besar kos pengiklanan Encik Tharman ialah untuk risalah cetak yang dipos kepada isi rumah, yang menelan belanja $284,820.68 bagi kempennya.

Beliau berbelanja $150,120 untuk poster dan sepanduk pilihan raya.

Semasa kempennya, Encik Tharman mengadakan mesyuarat pilihan raya bersama sekitar 650 tetamu berdaftar daripada kalangan orang ramai di Stesen Janakuasa Pasir Panjang. Kos menyewa tempat itu ialah $8,640.

Beliau juga membayar $300 untuk menanggalkan sepanduk, bendera atau poster yang melanggar peraturan pilihan raya.

Enam iklan Encik Tharman telah ditanggalkan. Lima daripadanya kerana dipamerkan dalam jarak 50 meter dari pusat undi, manakala satu lagi dipamer di atas pokok tanpa kebenaran Lembaga Taman Negara (NPB).

Kempen Encik Tharman menerima sumbangan derma $800,000.

Encik Ng pula menggunakan wang simpanan sendiri bagi membiayai kempennya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >