SEORANG lelaki warga China ditangkap dan lebih 1,200 karton serta 2,200 paket rokok elak cukai dirampas di Jurong dalam satu operasi yang dijalankan Kastam Singapura pada 18 Februari.
Dalam satu kenyataannya semalam, Kastam Singapura berkata jumlah cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang dielak itu masing-masing adalah sekitar $123,090 dan $9,790.
Ia menambah bahawa prosiding mahkamah ke atas lelaki berusia 37 tahun itu sedang dijalankan.
Pada hari itu, pegawai kastam memeriksa sebuah van berdaftar di Singapura di sekitar kawasan Jurong West 93.
Mereka menemui 1,221 karton dan 2,200 paket rokok kontraban itu dibungkus dalam beg sampah berwarna hitam di dalam kompartmen simpanan kenderaan itu.
Pemandu van itu ditangkap dan rokok elak cukai itu dirampas.
Membeli, menjual, membawa, menghantar, menyimpan, memiliki, mempunyai dan mengendalikan barang-barang tidak dibayar cukai adalah kesalahan serius di bawah Akta Kastam dan Akta GST, kata Kastam Singapura.
Sebagai penerima geran Skim Pembangunan Bakat Penterjemahan (TTDS), Cik Nor Djannah Djohan, mendapat sokongan yang tidak ternilai dalam usahanya mengejar kecemerlangan linguistik.
Selain membantu
Sejujurnya, penulis jarang sekali mendengar lagu genre hip-hop, tidak kira dalam Bahasa Melayu mahupun Inggeris.
Tapi, meremang pula apabila mendengar korus lagu, Perlu, sajian terbaru daripada Luca
Dari awal kemunculannya sebagai artis rakaman sekitar lapan tahun lalu, penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, bagaikan sudah memiliki formula mengecapi jaya dengan keupayaan menghasilkan lagu tular
Dalam satu kajian yang dijalankan atas tugasan syarikat penyedia khidmat jagaan kesihatan, Wellsoon, di Practice Plus Group baru-baru ini, seramai 2,000 orang dewasa ditanya mengenai tanggapan
Pada pendengaran pertama, lagu Tak Perlu Memiliki nyanyian Lyodra amat serupa dengan balada cinta yang sering kedengaran di corong radio dan aplikasi penstriman.
Namun, apabila penulis cuba
Selepas sedekad menyepi daripada penerbitan program televisyen, pasangan suami isteri yang juga pengasas bersama syarikat Screenbox, Encik Sujimy Mohamad dan Cik Haslinda Ali, kembali beraksi dengan
Seiring peningkatan usia, perubahan daripada aspek kesihatan jasmani, mental dan keupayaan diri akan berlaku.
Keupayaan memahami dan berkomunikasi akan berkurangan.
Oleh itu, adalah penting untuk
Penuaan adalah proses semula jadi yang melibatkan perubahan jasmani, mental, dan emosi yang berlaku seiring perjalanan masa.
Ia merupakan titik penting dalam kehidupan manusia dan memerlukan pemahaman
Dengan rambut palsu berwarna biru berserta solekan wajah fantasi menggayakan watak Aomine Daiki daripada anime bertajuk Kuroko no Basuke, beliau merayau-rayau sambil meneroka keindahan Jepun, negara

Jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda hingga 40 kali ganda jumlah cukai dan GST yang dielak dan/atau dijel hingga enam tahun, menurut penguasa itu.
Kenderaan yang digunakan bagi kegiatan berkaitan kesalahan itu boleh dirampas.
Sesiapa mempunyai maklumat berkaitan kegiatan penyeludupan atau mengelak cukai atau GST boleh menghubungi talian Kastam Singapura: 1800-233-0000, atau menghantar e-mel kepada customs_intelligence@customs.gov.sg untuk melaporkan kegiatan haram itu.