Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,200 pelajar cemerlang dari GRC Ang Mo Kio terima anugerah dan biasiswa

Jan 07, 2023 | 03:53 PM



Lebih 1,200 pelajar menerima suntikan kewangan bagi tahun baru ini apabila mereka menerima Anugerah Edusave atau biasiswa Kementerian Pendidikan (MOE) dari Jawatankuasa Perundingan Rakyat (CCC) Teck Ghee pada Sabtu (7 Jan). 



Perdana Menteri Lee Hsien Loong menyampaikan Anugerah Edusave kepada 924 pelajar - yang terdiri daripada anugerah wang tunai bernilai antara $100 dengan $500 - serta 500 biasiswa - bernilai $250 hingga $550, dalam satu majlis khas di Sekolah Rendah Townsville. 



Anugerah Edusave diberikan kepada pelajar berdasarkan antara lain kepimpinan dan prestasi akademik bagi menggalak mereka terus cemerlang. Biasiswa pula meringanan bebanan kewangan bagi pelajar dari keluarga bergaji rendah agar dapat menumpukan kepada pelajaran. 



Dalam ucapannya, Encik Lee yang juga penasihat akar umbi kawasan Teck Ghee di bawah GRC Ang Mo Kio, mengakui pelajar terpaksa menangani perubahan seperti pembelajaran dari rumah dan sekatan pergerakan semasa pandemik. 



Namun beliau menambah 2023 akan menjadi tahun yang baik untuk pelajar yang tidak lagi perlu menduduk peperiksaan pertengahan tahun. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >