Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Lebih 1,300 perjalanan TEL dicaj berlebihan

Tambahan enam sen dicaj ekoran satu kesilapan, penumpang akan dapat bayaran balik
Dec 15, 2022 | 05:30 AM



SEBANYAK 1,335 perjalanan yang dibuat di Laluan Thomson-East Coast (TEL) antara stesen Orchard dengan Queenstown dicaj tambahan enam sen ekoran satu kesilapan.



Perjalanan itu dibuat dari 13 November hingga 2 Disember menyusuli pembukaan stesen baru TEL.



Penumpang terjejas dicaj $1.34 sekiranya mereka melalui pintu keluar TEL, berbanding $1.28 sekiranya mereka melalui pintu keluar Laluan Utara-Selatan (NSL).



Dalam pos Facebook yang dimuatnaiknya kelmarin, TransitLink berkata:



"Kesilapan itu berlaku kerana jadual tambang bagi perjalanan yang dibuat antara stesen Orchard dengan stesen Queenstown TEL tidak dikemaskini dengan tepat sewaktu pembukaan stesen TEL baru. Pembetulan telah dilakukan sejak itu sehingga 3 Disember 2022."



Penumpang yang telah menggunakan sistem SimplyGo akan mendapat bayaran balik secara automatik.



Bagi pengguna kad bank tanpa sentuhan, bayaran pemulangan mereka akan dilihat dalam penyata kad kredit atau debit mereka.



Sementara itu, pemegang kad EZ-Link SimplyGo dan kad konsesi SimplyGo akan mendapat balik bayaran dalam kad mereka.



TransitLink berkata bagi penumpang yang belum lagi menaik taraf kad CEPAS mereka, iaitu membuat bayaran menerusi NETS Flashpay atau kad EZ-Link dengan nilai tersimpan, satu baucar elektronik akan diberikan kepada kad CEPAS yang dikenal pasti.



E-baucar itu boleh ditebus di mana-mana Kiosk Tambah Nilai, Kiosk Perkhidmatan Dibantu atau Kiosk TransitLink.



Penumpang terjejas yang mempunyai pertanyaan mengenai proses pembayaran balik boleh menghubungi talian TransitLink di 1800-2255-663 atau mengunjungi pejabat tiket mereka.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >